Pelajari cara mudah untuk muat turun slip gaji dengan mesraHR. Proses automatik dan selamat untuk pengurusan gaji yang lebih efisien.
Isi Kandungan
Pengenalan: Slip Gaji
Menguruskan slip gaji atau penyata gaji pekerja adalah salah satu tugas yang penting dalam pengurusan sumber manusia (HR). Sebelum ini, pengurusan penyata gaji mungkin dilakukan secara manual yang memerlukan banyak masa, kerja berulang dan risiko kesilapan manusia. Namun, dengan adanya mesraHR, semua proses ini menjadi lebih mudah dan efisien.
Salah satu ciri yang paling berguna dalam MesraHR adalah kemudahan untuk memuat turun penyata gaji secara digital yang dapat diakses dengan hanya beberapa klik. Artikel ini akan menerangkan cara mudah untuk download slip gaji anda melalui mesraHR, serta manfaatnya untuk pekerja dan pengurus HR.
Apa Itu Slip Gaji dan Mengapa Ia Penting?
Slip gaji adalah dokumen rasmi yang menunjukkan perincian pembayaran gaji seorang pekerja untuk tempoh tertentu. Ia mengandungi maklumat seperti:
Jumlah gaji yang diterima.
Potongan-potongan seperti potongan EPF, SOCSO, dan cukai pendapatan.
Jumlah cuti yang digunakan dan baki cuti tahunan.
Maklumat perbankan yang berkaitan dengan pembayaran gaji.
Ia merupakan bukti pembayaran yang penting untuk pekerja dan boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran cukai, pinjaman bank, atau permohonan perumahan.
Langkah-langkah Untuk Muat Turun Slip Gaji Dengan MesraHR
Langkah 1: Log Masuk Akaun dan Akses Menu Payroll
Log masuk ke dalam akaun mesraHR anda.
Pilih menu “Payroll” yang terletak di antara pilihan menu utama.


Langkah 2: Pilih Bulan dan Tahun
Pastikan anda memilih bulan dan tahun yang tepat bagi mendapatkan slip gaji yang betul.


Langkah 3: Muat Turun Slip Gaji
Klik butang “Muat Turun” untuk memuat turun slip gaji anda yang akan dimuat turun dalam format PDF yang boleh disimpan atau dicetak mengikut keperluan anda.


Bonus: Simpan atau Cetak Slip Gaji
Selepas selesai dimuat turun, simpan fail PDF tersebut di tempat yang mudah diakses dalam peranti anda. Anda juga boleh mencetaknya untuk rekod peribadi atau untuk sebarang tujuan rasmi seperti permohonan pinjaman atau pembayaran cukai.
Manfaat Muat Turun Slip Gaji Dengan MesraHR
a. Kemudahan Akses dan Pengurusan
Dengan mesraHR, anda boleh mengakses penyata gaji anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan peranti mudah alih atau komputer. Tidak perlu lagi menghubungi HR untuk mendapatkan salinannya. Semua penyata gaji disimpan dengan selamat dan boleh dimuat turun dengan cepat.
b. Mengurangkan Kesilapan Manual
Penggunaan sistem mesraHR mengurangkan risiko kesilapan manual dalam pengiraan gaji dan potongan. Semua proses dilakukan secara automatik, mengelakkan pekerja daripada kehilangan penyata gaji atau mengalami kesilapan dalam jumlah bayaran.
c. Keamanan dan Keselamatan Data
MesraHR memastikan bahawa semua data termasuk penyata gaji disimpan dengan selamat menggunakan teknologi enkripsi. Ini memastikan bahawa maklumat peribadi pekerja dan rekod kewangan sentiasa terpelihara dan terjamin.
d. Pemantauan dan Rekod Berkekalan
Setiap penyata gaji yang dimuat turun akan disimpan dalam sistem mesraHR sebagai rekod digital yang mudah diakses. Ini membantu pekerja untuk menyemak gaji mereka di masa hadapan serta memudahkan HR dalam menguruskan rekod pembayaran dan pematuhan cukai.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah slip gaji dan penyata gaji itu sama?
Ya, pada asasnya adalah sama. Ia merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja untuk menunjukkan butiran pendapatan dan potongan pekerja.
2. Bagaimana jika terdapat kesalahan pada slip gaji?
Jika terdapat percanggahan atau kesilapan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Dokumenkan kesilapan yang ada
- Hubungi jabatan Sumber Manusia majikan anda
- Minta mereka membuat pembetulan
- Kerap tanya perkembangan daripada majikan
- Simpan bukti komunikasi
3. Adakah saya perlu menyimpan slip gaji yang lama?
Ya, anda amat digalakkan untuk menyimpan semua slip gaji anda, bermula dari pekerjaan pertama hingga yang terkini. Rekod ini bukan sahaja berfungsi sebagai rujukan sejarah pendapatan, malah turut membantu dalam perancangan kewangan serta menyelesaikan sebarang isu berkaitan pembayaran.
Kesimpulan: Slip Gaji MesraHR – Lebih Mudah dan Efisien
MesraHR adalah cara yang lebih cepat, selamat dan teratur untuk menguruskan gaji pekerja. Dengan fungsi yang mesra pengguna, pekerja boleh memohon penyata gaji mereka secara digital dan mengaksesnya pada bila-bila masa tanpa kesulitan. Untuk HR dan majikan, mesraHR menyediakan penyelesaian lengkap untuk menguruskan pembayaran gaji dengan lebih efisien dan mengurangkan kesilapan manual.
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko silap pengiraan, rekod tidak teratur atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, mesraHR adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari cuba FREE DEMO untuk dapatkan sistem mesraHR sekarang!


Dalam sesebuah organisasi, site visit atau lawatan tapak adalah elemen penting dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi di lokasi kerja atau tapak projek. Bagi syarikat yang mempunyai operasi di pelbagai lokasi atau yang memerlukan pengawasan lapangan, Feature Site Visit dalam aplikasi mesraHR menawarkan solusi yang efisien untuk memantau dan menguruskan lawatan tapak dengan lebih teratur dan automatik.
Artikel ini akan mengupas cara menggunakan Feature Site Visit dalam mesraHR serta keuntungan menggunakan sistem ini untuk HR dan pekerja dalam menguruskan lawatan tapak secara lebih mudah dan berkesan.
Table of Contents
Pengenalan Feature Site Visit mesraHR
Feature Site Visit mesraHR adalah salah satu ciri dalam sistem HRMS yang membolehkan HR dan pekerja untuk menguruskan lawatan tapak atau site visit dengan lebih mudah, teratur dan automatik. Fungsi ini membantu dalam menjadualkan lawatan, merekod kehadiran dan mengumpulkan data semasa lawatan tapak dijalankan. Dengan ciri khas ini, semua maklumat yang berkaitan dengan lawatan tapak akan disimpan dalam sistem digital, memudahkan akses dan pemantauan oleh HR dan pengurus.
Kelebihan Menggunakan Site Visit mesraHR


a. Memudahkan Penjadualan Lawatan Tapak
Pengurus atau HR dapat menjadualkan lawatan tapak secara sistematik tanpa kesilapan manual. Anda boleh menetapkan tarikh dan masa lawatan, menentukan lokasi tapak serta menyenaraikan tugas atau objektif lawatan yang perlu dicapai. Semua maklumat ini akan dipaparkan di dalam sistem, memudahkan pekerja dan pengurus untuk merujuk jadual lawatan.
b. Merekod Kehadiran dan Aktiviti Lawatan
Kehadiran pekerja dan aktiviti lawatan boleh direkodkan secara digital melalui mesraHR. Pekerja yang terlibat dalam lawatan tapak akan mengesahkan kehadiran mereka melalui aplikasi dan HR dapat memantau rekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan semasa lawatan tersebut.
c. Pengumpulan Data dan Laporan
Selepas lawatan, HR atau pengurus dapat mengumpulkan laporan lengkap mengenai lawatan tapak yang mencatatkan aktiviti, kemajuan projek atau isu yang timbul. Laporan ini akan disimpan dalam sistem dan dapat diakses pada bila-bila masa untuk penilaian atau tindakan susulan.
d. Pemantauan dan Analisis Kemajuan Projek
HR dapat mengesan kemajuan projek di lapangan dengan lebih teratur. Data yang dikumpulkan semasa lawatan boleh digunakan untuk menilai pencapaian dan menyediakan analisis mengenai projek yang sedang dijalankan.
Cara Menggunakan Site Visit mesraHR
1. Log Masuk Akaun mesraHR dan Akses Menu "Home"
Setelah log masuk, pilih menu “Home” yang terletak di antara pilihan menu utama. Menu ini akan membawa anda ke halaman di mana anda boleh menjadualkan dan menguruskan lawatan tapak.
2. Tekan Butang "Site Visit" untuk Tambah
Di sini anda akan diminta untuk mengisi maklumat mengenai lawatan tersebut, termasuk:
Tarikh dan masa lawatan
Lokasi tapak
Pekerja yang terlibat
Tugas atau objektif lawatan
Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik “SUBMIT” untuk menetapkan lawatan tapak dalam sistem.


3. Rekod Kehadiran di Tapak
Semasa lawatan, pekerja yang terlibat boleh mengesahkan kehadiran mereka menggunakan aplikasi mesraHR dengan klik butang “Rekod Kehadiran”. Mereka boleh memasukkan nota atau maklumat penting mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan.
Mengapa Organisasi Guna Feature Ini?
a. Meningkatkan Kecekapan Operasi
Organisasi dapat meningkatkan kecekapan operasi dengan menyelaraskan jadual lawatan dan memantau aktiviti di tapak dengan lebih baik. Ini mengelakkan kelewatan dan masalah komunikasi antara pekerja, pengurus dan HR.
b. Data yang Tersusun dan Mudah Diakses
Semua data mengenai lawatan akan disimpan dalam sistem digital yang mudah diakses, mengurangkan risiko kehilangan data atau kekeliruan mengenai status lawatan. HR dan pengurus boleh menyemak laporan bila-bila masa untuk penilaian atau tindakan selanjutnya.
c. Memastikan Pemantauan Kemajuan yang Berterusan
Feature ini membolehkan HR atau pengurus untuk memantau kemajuan projek secara berterusan dengan analisis yang tepat. Laporan dari lawatan tapak akan membantu pengurus untuk membuat keputusan yang lebih baik dan menyesuaikan perancangan projek jika perlu.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa maksud site visit?
Site visit bermaksud lawatan ke lokasi kerja tertentu, biasanya di luar pejabat untuk menjalankan tugas atau memantau projek.
2. Adakah laporan site visit perlu disediakan?
Ya, laporan site visit biasanya disediakan untuk merekodkan pemerhatian, isu dan cadangan tindakan lanjut. Dengan menggunakan sistem mesraHR, data laporan disimpan supaya HR, pengurus atau pihak berkepentingan boleh menyemak laporan bila-bila masa untuk penilaian atau tindakan selanjutnya.
3. Apakah manfaat merekod site visit dalam platform HRMS?
Merekod lawatan membantu dalam pemantauan kehadiran luar pejabat, penilaian prestasi kerja di lapangan dan memastikan keselamatan serta kepatuhan kakitangan.
4. Adakah aplikasi mesraHR selamat digunakan?
Ya, aplikasi mesraHR menggunakan protokol keselamatan yang tinggi untuk melindungi data syarikat dan maklumat peribadi pekerja.
Kesimpulan: Penyelesaian Digital untuk Pengurusan Lawatan Tapak
Feature Site Visit MesraHR adalah alat yang sangat berkesan dalam mempermudahkan urusan lawatan tapak. Dengan automasi dan pemantauan mudah, HR dan pekerja dapat menguruskan lawatan tapak dengan lebih teratur, cepat dan efisien. Jika anda mencari cara untuk meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah pengurusan lawatan tapak, mesraHR adalah pilihan terbaik.
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko silap pengiraan, rekod tidak teratur atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, mesraHR adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari cuba FREE DEMO untuk dapatkan sistem mesraHR sekarang!


Ketahui cara menggunakan Feature Claim mesraHR untuk memudahkan pengurusan tuntutan pekerja. 5 langkah mudah untuk HR dan pekerja menguruskan claim secara digital.
Dengan Feature Claim mesraHR, pekerja boleh memohon tuntutan mereka dengan mudah, manakala HR atau majikan boleh meluluskan dan memantau status claim dengan lebih cepat. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan 5 langkah mudah untuk menggunakan Feature Claim dalam mesraHR.
Isi Kandungan
Apa Itu Feature Claim mesraHR?
Feature Claim mesraHR adalah salah satu ciri dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS) mesraHR yang memudahkan proses permohonan, kelulusan dan pengurusan tuntutan pekerja secara automatik dan digital. Ciri ini dibangunkan untuk mempermudah syarikat dalam menguruskan tuntutan perbelanjaan pekerja seperti claim perjalanan, claim perubatan, claim makanan dan lain-lain tanpa perlu bergantung pada proses manual yang memakan masa.
Fungsi Utama Sistem Pengurusan Tuntutan Digital


Permohonan Claim yang Mudah:
Pekerja boleh memohon tuntutan dengan mudah melalui platform mesraHR. Mereka hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti jenis claim, tarikh, jumlah perbelanjaan dan dokumen sokongan (seperti resit atau invois).
Kelulusan Claim yang Cepat dan Mudah:
HR atau majikan dapat meluluskan atau menolak permohonan claim dengan beberapa klik sahaja. Sistem ini membolehkan penyaringan cepat dan pemantauan status claim dengan lebih efisien.
Pengurusan Claim Secara Automatik:
Semua data yang dimasukkan akan disimpan dalam sistem yang mudah diakses oleh HR untuk tujuan rekod dan laporan. Ini mengelakkan kesilapan pengiraan dan membantu menguruskan perbelanjaan pekerja dengan lebih baik.
Pemantauan Baki Claim:
HR juga boleh memantau baki perbelanjaan dan mengawal had claim pekerja, memastikan ia tidak melebihi bajet yang ditetapkan oleh syarikat.
Penyimpanan Rekod Digital:
Semua rekod claim dan dokumen sokongan akan disimpan dengan selamat dalam format digital, mengurangkan risiko kehilangan dokumen fizikal dan memudahkan rujukan masa depan.
5 Langkah Mudah Guna Feature Claim mesraHR
Langkah 1: Log Masuk Akaun dan Akses Menu Claim
Log masuk ke dalam akaun mesraHR anda.
Pilih menu “Claim” yang terletak di antara pilihan menu utama. Menu ini akan membawa anda ke halaman di mana anda boleh memohon claim, menyemak status claim dan melihat rekod tuntutan sebelumnya.
Langkah 2: Tekan Butang Tambah Claim
Klik ikon tambah di bahagian bawah kanan halaman Claim dan “Add Item” untuk mencipta tuntutan baru.
Langkah 3: Isi Butiran dan Pilih Jenis Claim
Isikan butiran seperti tarikh, jenis tuntutan, jumlah tuntutan dan sebab tuntutan. Terdapat beberapa jenis tuntutan seperti:
Accomodation Claim: Untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan penginapan rasmi.
Client Entertainment: Untuk perbelanjaan makan semasa perjalanan kerja atau mesyuarat rasmi.
Office Expenses: Untuk menuntut kos berkaitan pembelian atau pembaikian barangan pejabat.
Claim Lain-lain: Untuk jenis tuntutan lain yang dibenarkan oleh syarikat.


Langkah 4: Muat Naik Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimasukkan (contohnya, resit, invois atau laporan). Sistem mesraHR akan memudahkan proses ini dengan membenarkan anda mengimbas dan memuat naik dokumen terus melalui aplikasi.
Langkah 5: Submit Claim
Tekan ikon kapal terbang kertas di hujung atas kanan untuk hantar tuntutan.
Kelebihan Menggunakan Feature Claim MesraHR
a. Memudahkan Proses Claim
Pekerja dapat memohon tuntutan mereka dengan mudah dan cepat tanpa perlu menggunakan kertas atau menghantar dokumen fizikal. Ia juga memudahkan HR dalam memantau, meluluskan dan memproses tuntutan pekerja tanpa kesilapan.
b. Menyediakan Dokumentasi yang Telus
Semua rekod claim disimpan secara digital dan boleh diakses oleh pekerja dan HR pada bila-bila masa. Ini meningkatkan ketelusan dalam pengurusan claim dan memudahkan pemantauan dalam jangka panjang.
c. Mengurangkan Kesilapan Manual
Dengan sistem HR automatik, kesilapan pengiraan dan penyalahgunaan claim dapat dikurangkan. HR dan pekerja tidak perlu lagi bimbang tentang kesilapan manual yang sering berlaku dalam sistem pengurusan kertas.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Dokumen apa yang diperlukan untuk membuat tuntutan secara digital?
Dokumen yang diperlukan bergantung kepada jenis tuntutan, tetapi biasanya termasuk salinan resit, laporan perubatan/polis dan bukti bayaran.
2. Bagaimana jika saya menghadapi masalah semasa membuat tuntutan?
Anda boleh menghubungi pusat bantuan pelanggan atau sokongan teknikal organisasi melalui telefon, emel atau fungsi chat dalam sistem mesraHR.
3. Adakah mesraHR selamat digunakan?
Ya, sistem mesraHR menggunakan protokol keselamatan yang tinggi untuk melindungi data pekerja dan maklumat syarikat.
4. Berapa lama masa yang diambil untuk memproses tuntutan secara digital?
Ia bergantung kepada jenis tuntutan dan polisi organisasi tetapi secara amnya, proses digital lebih cepat kerana boleh selesai dalam beberapa hari berbanding minggu.
Kesimpulan: Penyelesaian Digital untuk Pengurusan Claim yang Lebih Mudah
Dengan menggunakan mesraHR, organisasi dapat mengautomatikkan proses claim, mengurangkan kesilapan manual dan memastikan ketelusan dalam pengurusan perbelanjaan pekerja.
Gunalah mesraHR, sistem HRMS untuk SME yang lengkap:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Sama ada anda menguruskan syarikat SME atau organisasi berskala besar, mesraHR ialah penyelesaian menyeluruh untuk keperluan pengurusan sumber manusia anda
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaru sekarang dengan mencuba FREE DEMO bersama kami!


Pelajari cara menggunakan Feature Leave MesraHR untuk menguruskan cuti pekerja dengan lebih mudah dan efisien. Penyelesaian lengkap untuk HR dan pekerja dalam menguruskan cuti secara digital.
Isi Kandungan
Kenapa Pilih MesraHR?
Penggunaan sistem pengurusan sumber manusia seperti mesraHR menawarkan pelbagai manfaat yang memudahkan urusan harian anda:
- Pengurusan HR Lebih Mudah
Tiada lagi keperluan untuk menyimpan fail fizikal atau menjejaki maklumat pekerja secara manual. Dengan mesraHR, semua maklumat seperti cuti, kehadiran dan gaji boleh diakses dalam satu platform yang tersusun. - Ketelusan Dalam Proses
Pekerja boleh menyemak status permohonan cuti, tuntutan atau waktu kehadiran mereka sendiri tanpa perlu menunggu respon daripada HR. - Menjimatkan Masa & Kos
Automasi proses HR mengurangkan beban kerja manual dan meminimumkan kesilapan. Ini membolehkan syarikat memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja dan pertumbuhan bisnes. - Akses Fleksibel Di Mana-Mana
MesraHR boleh diakses melalui komputer atau peranti mudah alih pada bila-bila masa. Sama ada anda di pejabat, di rumah atau sedang bekerja secara jarak jauh.
Apa Itu Feature Leave mesraHR?
Feature Leave mesraHR adalah salah satu ciri atau fungsi yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS) yang memudahkan pengurusan cuti pekerja dalam organisasi. Ciri ini direka untuk mengautomatikkan dan mempermudahkan proses permohonan, kelulusan dan pemantauan cuti dalam syarikat.
Fungsi utamanya termasuk:
1. Permohonan Cuti:
Pekerja boleh memohon cuti secara digital melalui aplikasi. Jenis cuti yang boleh dipohon termasuk cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan atau jenis cuti lain yang disediakan oleh syarikat.
2. Kalendar Cuti:
Majikan boleh melihat sejarah cuti pekerja pada bila-bila masa, memberi mereka gambaran yang jelas mengenai penggunaan cuti dalam organisasi. Ini juga boleh mengelakkan pertindihan cuti antara staf.
- HR dapat memantau kehadiran dan cuti pekerja dengan mudah. Semua rekod cuti pekerja, termasuk baki cuti tahunan, cuti sakit dan cuti khas, akan dikemas kini secara automatik dalam sistem.


3. Laporan dan Analitik:
Sistem ini memaparkan penggunaan dan baki cuti yang masih ada, membolehkan pekerja merancang cuti mereka dengan lebih efisien.
3 Langkah Guna Feature Leave mesraHR
Langkah 1: Masuk Ke Aplikasi mesraHR dan Pilih Feature Leave


a. Log Masuk ke Akaun mesraHR
Langkah pertama untuk menggunakan Feature Leave adalah dengan log masuk ke dalam akaun mesraHR anda. Jika anda belum mempunyai akaun, daftar terlebih dahulu melalui portal rasmi mesraHR.
b. Pilih Menu “Leave”
Setelah berjaya log masuk, cari dan pilih menu “Leave” yang terdapat di pilihan menu yang disediakan. Menu ini akan membawa anda ke halaman yang membolehkan anda memohon cuti dan memeriksa baki cuti anda.
Langkah 2: Pilih Jenis Cuti dan Tarikh yang Dikehendaki




a. Pilih Jenis Cuti
Dalam Feature Leave, anda akan diberikan beberapa pilihan jenis cuti yang boleh dipohon. Ini termasuk cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan dan jenis cuti lain yang disediakan oleh organisasi.
Cuti Tahunan: Untuk cuti yang diberikan setiap tahun sebagai hak pekerja.
Cuti Sakit: Untuk pekerja yang tidak dapat hadir ke tempat kerja kerana sakit.
Cuti Kecemasan: Untuk situasi kecemasan yang memerlukan pekerja tidak hadir bekerja.
Pilih jenis cuti yang sesuai dengan keperluan anda.
b. Pilih Tarikh Cuti
Setelah memilih jenis cuti, langkah seterusnya adalah memilih tarikh yang sesuai. Anda akan diminta untuk memilih tarikh mula dan tarikh tamat cuti yang diinginkan.
Anda boleh memilih cuti sepanjang hari atau separuh hari.
Pastikan anda memilih tarikh yang tepat untuk mengelakkan kekeliruan semasa permohonan cuti diluluskan.
Langkah 3: Hantar Permohonan dan Tunggu Kelulusan


a. Sahkan Maklumat Permohonan
Sebelum menghantar permohonan cuti, pastikan anda semak kembali maklumat yang telah dimasukkan. Pastikan jenis cuti, tarikh mula dan tarikh tamat adalah betul. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa tiada kesilapan berlaku.
b. Hantar Permohonan Cuti
Setelah mengesahkan maklumat, anda hanya perlu klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan cuti kepada pengurus atau pihak yang bertanggungjawab. Permohonan anda akan diterima oleh majikan atau HR dan mereka akan diberitahu melalui aplikasi untuk memproses permohonan anda.
c. Menunggu Kelulusan
Selepas permohonan dihantar, anda boleh memantau status permohonan cuti anda melalui tab “Status Cuti” di dalam aplikasi. Sekiranya permohonan diterima, anda akan menerima notifikasi bahawa cuti anda telah diluluskan. Jika ditolak, anda akan diberitahu mengenai sebab penolakan dan boleh memohon semula atau membuat penyesuaian jika perlu.
Tips Pengurusan Cuti Pekerja Berkesan
- Gunakan Sistem Pengurusan Cuti Automatik
Dengan automasi, sistem ini membantu pekerja memohon cuti dengan mudah, sementara HR dan majikan dapat mengesahkan dan memantau rekod cuti pekerja tanpa kesilapan manusia. - Tetapkan Polisi Cuti yang Jelas
Pastikan polisi cuti syarikat jelas dan mudah difahami oleh pekerja. Menyediakan garis panduan yang terperinci dan menyeluruh akan mengelakkan kesilapan atau salah faham mengenai hak cuti pekerja. - Rancang Cuti Dengan Teliti
Rancang cuti tahunan pekerja dengan lebih teliti untuk memastikan kelancaran operasi syarikat. Pastikan penjadualan cuti tidak bertembung dengan waktu sibuk atau puncak musim kerja. - Monitor Baki Cuti Secara Berkala
Pastikan pekerja mempunyai akses untuk memantau baki cuti mereka dalam sistem HRMS yang digunakan oleh syarikat. - Galakkan Penggunaan Cuti Tahunan
Cuti tahunan memberi peluang kepada pekerja untuk berehat dan meningkatkan produktiviti mereka setelah kembali bekerja. - Sediakan Prosedur Penggantian Cuti
Pastikan ada prosedur penggantian cuti yang baik supaya operasi syarikat tidak terganggu apabila pekerja bercuti. - Komunikasi yang Terbuka dengan Pekerja
Pastikan mereka diberi ruang untuk membincangkan keperluan cuti yang mungkin timbul dalam situasi tertentu seperti keperluan keluarga atau keperluan perubatan. - Penyediaan Dokumentasi untuk Cuti Kecemasan
Dokumentasi sokongan boleh merangkumi sijil perubatan atau laporan kecemasan yang disahkan oleh pihak berkuasa. Ini akan memastikan cuti kecemasan diberikan dengan cara yang sah dan teratur.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah manfaat menggunakan feature leave di mesraHR?
- Meningkatkan Efisiensi dan Produktiviti
- Transperansi dan Ketelusan
- Pengurangan Kesilapan Pengiraan Cuti
- Penyelesaian Pantas dan Efisien
2. Bolehkah majikan menambah jenis cuti lain di dalam mesaraHR?
Boleh, majikan boleh memilih untuk menyediakan cuti khusus atau spesifik untuk organisasi mereka sperti ‘Work From Home Leave’.
3. Adakah aplikasi mesraHR tersedia di dalam Iphone?
Ya, aplikasi mesraHR ada terdapat dalam App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
4. Adakah mesraHR selamat untuk digunakan?
Ya, platform mesraHR menggunakan protokol keselamatan yang tinggi untuk melindungi data dan maklumat pengguna.
Kesimpulan: Pengurusan Cuti Lebih Mudah, Cepat dan Efisien
Dengan Feature Leave dalam aplikasi mesraHR, pengurusan cuti pekerja menjadi lebih teratur dan berkesan. Pekerja dapat memohon cuti dengan mudah, manakala HR dan majikan dapat memantau dan meluluskan cuti dengan lebih efisien. Sistem ini bukan sahaja memudahkan pekerja, tetapi juga membantu majikan mengelakkan masalah pengurusan cuti yang sering berlaku dalam sistem manual.
Jika anda seorang pemilik SME atau pengurus HR, menggunakan mesraHR untuk pengurusan cuti adalah pilihan yang bijak untuk meningkatkan produktiviti dan mempermudah proses HR.


Menguruskan kehadiran pekerja adalah salah satu aspek yang paling penting dalam mana-mana organisasi. Kini, ciri E-Attendance mesraHR datang sebagai solusi digital yang mempermudah proses tersebut.
Ciri ini direka untuk membantu HR dan pekerja untuk menguruskan kehadiran dengan lebih efisien dengan mengaplikasikan teknologi moden seperti biometric/face recognition check in dan penggunaan awan (cloud) supaya data kehadiran mudah diakses.
Dalam artikel ini, kita akan mengupas cara menggunakan E-Attendance mesraHR, manfaatnya untuk HR dan pekerja serta bagaimana sistem ini dapat meningkatkan produktiviti dan pengurusan masa tempat kerja.
Isi Kandungan
Apa Itu E-Attendance MesraHR?
E-Attendance MesraHR adalah sistem pengurusan kehadiran digital yang direka khusus untuk mempermudah pencatatan waktu masuk dan keluar pekerja secara automatik. Ia mengintegrasikan teknologi pintar dengan sistem HR, membolehkan HR untuk memantau kehadiran pekerja tanpa perlu bergantung pada rekod manual.
Dengan E-Attendance MesraHR, pekerja dapat merekod kehadiran mereka menggunakan pelbagai kaedah seperti pengecaman wajah atau pengesahan menggunakan biometrik. Semua data kehadiran akan disimpan dalam sistem digital yang mudah diakses oleh HR untuk penilaian dan pelaporan.
Manfaat Ciri E-Attendance mesraHR
1. Check-In dan Check-Out Pengecaman Wajah atau Cap Jari


Ciri pengesahan individu untuk check-in dan check-out adalah salah satu fungsi utama yang menjadikan E-Attendance mesraHR istimewa:
- Pekerja hanya perlu buka aplikasi mesraHR dan selfie semasa check-in atau check-out.
- Sistem pengecaman wajah akan mengesahkan identiti pekerja secara automatik.
- Data kehadiran direkodkan dalam sistem digital yang boleh diakses oleh majikan.
Antara manfaat utama ciri ini berbeza dengan merekod kehadiran lain seperti menggunakan punchcard ialah:
- Ketelusan: Mencegah isu ‘buddy punching’ di mana pekerja mendaftar kehadiran untuk orang lain.
- Mudah dan Pantas: Tidak lagi memerlukan kad fizikal atau catat dalam buku rekod kehadiran.
- Rekod Bergambar: Selfie disimpan sebagai bukti sekiranya timbul sebarang pertikaian.
Dengan ciri ini, urusan kehadiran menjadi lebih mudah, pantas dan efisien!
2. Automasi Kehadiran dan Penggajian
Semua data kehadiran disimpan dan diselaras dengan sistem penggajian. Ini secara tidak langsung mendatangkan manfaat seperti:
- Jimat Masa: Proses yang sebelum ini dilakukan secara manual kini diautomasikan, menjimatkan masa dan tenaga kerja.
- Ketelusan: Pekerja boleh mengakses dan menyemak rekod mereka pada bila-bila masa bagi memastikan ketepatan maklumat.
- Peningkatan Produktiviti: Tumpuan dapat diberikan kepada tugasan strategik tanpa diganggu oleh urusan kehadiran harian.
Dengan sistem automasi ini, majikan dan pasukan HR dapat mengurangkan beban tugasan rutin dan memberi fokus kepada perkara yang lebih penting dan bernilai.
3. Pengesanan Lokasi Masa Nyata


Manfaat E-Attendance mesraHR yang lain ialah ia merekod lokasi sebenar ketika pekerja check-in atau check-out di mana ia membantu:
- Majikan mengenalpasti sekiranya pekerja ada di pejabat ketika check-in atau check-out.
- Data ini disimpan sebagai rujukan.
- Mengurangkan risiko curi tulang dalam kalangan pekerja.
Melaluinya ia juga memberi kelebihan kepada syarikat dari pelbagai segi termasuk:
- Ketepatan: Majikan boleh mengetahui lokasi kerja sebenar pekerja.
- Elak Kepalsuan: Pekerja tidak boleh menipu dan mendaftar kehadiran dari rumah atau lokasi lain.
- Akses Mudah: Berguna untuk syarikat yang mempunyai pelbagai cawangan dengan lokasi kerja yang berbeza seperti lawatan tapak (site visit).
Sistem ini memenuhi dinamik kerja yang berkembang, membolehkan pekerja menjejaki waktu kerja mereka tanpa mengira lokasi mereka, sama ada bekerja dalam pejabat atau dari jauh.
4. Rekod Kehadiran Digital yang Selamat
Semua data kehadiran disimpan secara digital dan dilindungi sepenuhnya melalui sistem cloud mesraHR yang membawa pelbagai kelebihan, antaranya:
Akses Mudah: Majikan dan pekerja boleh menyemak rekod kehadiran bila-bila masa melalui aplikasi.
Keselamatan Terjamin: Data disimpan secara selamat dan bebas daripada risiko kehilangan akibat kerosakan fizikal seperti buku log atau fail manual.
Pengurusan Sistematik: Proses audit dan rujukan menjadi lebih mudah dan teratur.
Dengan kelebihan ini, majikan tidak perlu lagi bergantung kepada kaedah tradisional yang rumit dan mudah terdedah kepada kesilapan.
Cara Guna E-Attendance mesraHR
Langkah Penggunaan Sistem mesraHR untuk Rekod Kehadiran
Untuk proses ini, anda perlu mengakses aplikasi mesraHR terlebih dahulu. Jika belum memiliki akaun, anda boleh mendaftar terlebih dahulu.
Langkah untuk Pekerja:


- Muat Turun Aplikasi
Aplikasi mesraHR boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play atau App Gallery. Log Masuk
Log masuk ke aplikasi menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) anda.Rekod Kehadiran Masuk (Check-In)
Pada paparan utama (dashboard), tekan ciri ‘Attendance’.
Tekan butang hijau ‘Check In’.
Ambil gambar anda atau imbas cap jari. Sistem akan memaparkan masa, tarikh dan lokasi secara automatik.
Tekan ‘Submit’ untuk menghantar rekod.
Rekod Kehadiran Keluar (Check-Out)
Tekan butang merah ‘Check-Out’.
Ambil gambar dan tekan ‘Submit’ untuk menyelesaikan rekod kehadiran hari tersebut.
Langkah untuk Majikan:
- Akses Sistem
Log masuk ke sistem mesraHR melalui pelayar web menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda. Semakan Kehadiran Pekerja
Di halaman utama, klik ‘Attendance’ dan pilih ‘Timesheet’.
Di sini, anda boleh menyemak dan memantau rekod kehadiran semua pekerja dalam syarikat.
Manual vs Automatik: Cara Rekod Kehadiran yang Berbeza


Sebelum menggunakan sistem E-Attendance mesraHR, banyak organisasi masih bergantung pada kaedah manual yang memerlukan lebih banyak masa dan tenaga. Mari lihat perbezaan antara kedua-dua cara ini:
Kehadiran Manual
Kaedah: Pekerja menulis masa masuk dan keluar secara manual di buku log atau fail Excel.
Risiko:
Mudah berlaku kesilapan catatan.
Berisiko tinggi kehilangan data akibat kerosakan fizikal.
Sukar untuk disemak semula jika berlaku pertikaian.
Pengurusan HR: Memerlukan masa tambahan untuk menyusun dan menganalisis rekod setiap bulan.
Kehadiran Automatik
Kaedah: Pekerja hanya perlu ‘Check-In’ dan ‘Check-Out’ melalui aplikasi mudah alih menggunakan telefon pintar.
Kelebihan:
Masa, lokasi dan gambar disimpan secara automatik dan selamat dalam sistem cloud.
Mengurangkan kesilapan manusia.
Mudah diakses semula untuk audit atau semakan.
Pengurusan HR: Laporan kehadiran disediakan secara automatik dan boleh diakses dalam masa nyata (real-time).
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah sistem ini sesuai untuk semua jenis organisasi?
Ya, sistem ini sangat sesuai untuk SME dan syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sederhana. Ia juga boleh disesuaikan mengikut keperluan organisasi yang berbeza.
2. Adakah E-Attendance MesraHR selamat digunakan?
Ya, E-Attendance mesraHR menggunakan protokol keselamatan yang tinggi untuk melindungi data kehadiran dan maklumat peribadi pekerja.
3. Bolehkah E-Attendance mesraHR digunakan jika pekerja bekerja di lokasi luar (remote work/on-site)?
Ya, e-attendance mesraHR menyokong ciri GPS tracking yang membolehkan kehadiran direkod walaupun pekerja berada di luar pejabat, asalkan peranti mempunyai sambungan internet dan lokasi diaktifkan.
4. Adakah sistem ini boleh diintegrasikan dengan sistem gaji?
Boleh, e-attendance mesraHR boleh menyelaraskan data kehadiran terus ke sistem penggajian (payroll), menjadikan pengiraan gaji lebih mudah dan tepat berdasarkan kehadiran sebenar.
Kesimpulan: Penyelesaian Digital yang Efisien untuk HR dan Pekerja
E-Attendance MesraHR adalah alat yang sangat berkesan dalam memudahkan pengurusan kehadiran pekerja. Dengan menggunakan sistem ini, HR dapat memantau kehadiran pekerja secara automatik sementara pekerja dapat menikmati kemudahan dan fleksibiliti dalam merekodkan kehadiran mereka. MesraHR membantu organisasi mengurangkan kesalahan manusia, mempercepatkan proses pentadbiran dan memastikan ketelusan dalam pengurusan sumber manusia.
Jika anda pemilik SME atau pengurus HR, menggunakan E-Attendance MesraHR adalah langkah bijak untuk memastikan pengurusan kehadiran yang lebih efisien, memudahkan pekerja dan menjimatkan masa dalam pengurusan HR.


Table of Contents
Memilih pekerja berkualiti yang sesuai untuk syarikat bukan tugas mudah. Jika tersilap langkah, ia boleh menyebabkan kos latihan tinggi, produktiviti rendah, dan kadar turnover pekerja meningkat. Oleh sebab itu, penting untuk laksanakan strategi dan cara memilih calon pekerja. Ini supaya hanya calon terbaik yang diambil bekerja.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 tips memilih pekerja berkualiti yang boleh membantu pemilik perniagaan serta HR mendapatkan bakat terbaik untuk syarikat.
Kenapa Penting Memilih Pekerja Berkualiti?
Memilih pekerja yang berkualiti memberikan banyak manfaat kepada syarikat. Pekerja yang berkebolehan dan sesuai dengan peranan mereka akan meningkatkan produktiviti kerana mereka mampu menjalankan tugas dengan cekap serta mengurangkan kesilapan yang boleh memberi kesan kepada operasi syarikat. Ini bukan sahaja menjimatkan masa malah meningkatkan kecekapan keseluruhan organisasi.
Selain itu, mengambil pekerja yang telah mempunyai kemahiran asas dalam bidang tertentu dapat mengurangkan kos latihan. Latihan pekerja baru memerlukan masa, tenaga, dan perbelanjaan yang tinggi. Dengan memilih pekerja yang berpengalaman atau memiliki keupayaan belajar yang cepat, syarikat dapat mengurangkan beban kewangan serta mempercepatkan proses adaptasi dalam persekitaran kerja.
Memilih pekerja yang berkualiti juga membantu mengurangkan kadar turnover. Bila sudah tahu cara memilih calon pekerja dan apabila seseorang pekerja sesuai dengan peranan mereka dan budaya syarikat, mereka lebih cenderung untuk kekal lebih lama dalam organisasi. Ini dapat mengurangkan kos dan kesan negatif yang berkaitan dengan kehilangan pekerja seperti kehilangan pengetahuan industri serta perlu mencari dan melatih pekerja baru secara berterusan.
Tambahan pula, pekerja yang sesuai dengan syarikat akan menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih positif dan harmoni. Mereka bukan sahaja memberikan prestasi kerja yang lebih baik, tetapi juga membantu mewujudkan hubungan kerja yang lebih mesra dan produktif antara pasukan. Ini akan menyumbang kepada budaya syarikat yang lebih kukuh serta meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja.


5 Tips Memilih Pekerja Berkualiti
1. Kenal Pasti Keperluan Jawatan
Perkara pertama sekali sebelum mengiklankan jawatan kosong, pastikan anda memahami keperluan sebenar jawatan tersebut. Ambil kira:
Kemahiran teknikal & pengalaman diperlukan
Soft skills seperti komunikasi dan kerja berpasukan
Sama ada jawatan tersebut memerlukan kelayakan tertentu
Ketahui Rahsia HR Pengalaman Cari Pekerja Berkualiti Dengan Cara Buat Job Description Yang Betul.
2. Gunakan Proses Saringan Resume yang Efektif
Dalam memilih pekerja berkualiti untuk dibawa masuk ke syarikat perlukan tapisan yang mendalam. Daripada menerima ratusan resume, anda boleh tapis dengan cara berikut:
✅ Gunakan sistem ATS (Applicant Tracking System) untuk mengenal pasti resume yang mengandungi kata kunci penting.
✅ Tapis berdasarkan pengalaman kerja yang relevan – jangan hanya lihat kelayakan akademik
✅ Periksa gaya penulisan resume – adakah calon menunjukkan kesungguhan dan profesionalisme?
3. Adakan Temuduga Berstruktur
Bermula proses pemilih pekerja dengan sesi temuduga yang baik adalah yang mempunyai struktur dan soalan yang relevan. Pastikan:
Soalan merangkumi pengalaman kerja, kemahiran teknikal, dan soft skills
Gunakan teknik STAR (Situation, Task, Action, Result) untuk menguji cara calon menyelesaikan masalah
Tanyakan soalan berdasarkan budaya syarikat – adakah mereka sesuai bekerja dalam pasukan anda?
4. Uji Kemahiran & Sikap Pekerja
Yang terakhir tips memilih pekerja berkualiti ialah calon tersebut bukan sekadar bercakap petah pandaibercakap dalam temuduga tidak cukup. Pastikan calon benar-benar kompeten dengan:
✅ Ujian kemahiran teknikal – contoh, jika mencari seorang akauntan, beri mereka tugasan akaun untuk diselesaikan.
✅ Penilaian psikometrik – menguji keperibadian, motivasi, dan cara calon membuat keputusan
✅ Simulasi kerja sebenar – contoh, bagi calon customer service menangani kes pelanggan secara langsung.
5. Periksa Rujukan dan Rekod Kerja Sebelum Ini
Jangan lupa untuk menyemak latar belakang calon sebelum menawarkan jawatan!
Hubungi bekas majikan untuk dapatkan maklum balas tentang prestasi kerja
Periksa sama ada maklumat dalam resume betul dan bukan dibuat-buat
Jika perlu, semak rekod disiplin calon dari syarikat lama
Kesimpulan
Memilih pekerja berkualiti bukan hanya tentang mencari seseorang yang berpengalaman, tetapi juga calon yang mempunyai kemahiran, nilai, dan sikap yang sesuai dengan syarikat. Dengan menggunakan strategi pemilihan yang betul, syarikat boleh mengurangkan kadar turnover, meningkatkan produktiviti, dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif. Apabila kita dah tahu cara cari memilih calon pekerja dan proses pemilihan perkerja maka akan memudahkan kita membawa pekerja yang betul berkualiti dari segi pekerjaan, displin dan attitude. Tambahan dengan menggunakan sistem HR dapat membantu proses pengambilan pekerja.
Ingat, pekerja berkualiti bukan sahaja bekerja dengan baik tetapi juga membantu syarikat berkembang!
Table of Contents
Dalam dunia perniagaan moden, mengurus pekerja secara manual bukan lagi pilihan yang bijak. Automasi pengurusan sumber manusia semakin penting, dan di sinilah Sistem HRMS dan HRIS memainkan peranan utama. Tapi apa sebenarnya HRMS dan HRIS? Apa perbezaan antara kedua-duanya? Dan mana satu lebih sesuai untuk syarikat anda?
Jangan risau, dalam artikel ini, kita akan bongkar perbezaan, kelebihan, dan cara memilih sistem HR terbaik untuk keperluan syarikat anda
Apa Itu Sistem HRMS & HRIS?
Dalam era digital kini, amat sukar sekiranya hanya bergantung pada cara manual sepenuhnya. Teknologi membangun dengan bergitu pesat dan cepat. Jadi banyak kerja dalam pelbagai industri sudah mula menggunakan teknologi terkini secara semi atau penuh automik agar proses penghasilan kerja menjadi lebih cepat. Dalam masa yang sama kualiti kerja tersusun dan terjaga. Inilah kepentingan sistem syarikat mesti gunakan untuk urus tadbir urusan syarikat lebih efiens supaya boleh arahkan buah fikiran tenaga kita pada nak kembangkan lagi perniagaan. Sebelum kita bandingkan Sistem HRMS vs HRIS, kita perlu faham definisi setiap sistem.
Apa Itu HRIS?
HRIS (Human Resource Information System) ialah sistem yang membantu syarikat mengurus dan menyimpan maklumat pekerja secara digital. Ia membantu syarikat dalam pengurusan maklumat pekerja, rekod kehadiran, cuti, struktur organisasi, dan pematuhan HR. Dengan HRIS, syarikat dapat mengurangkan penggunaan dokumen fizikal, meningkatkan ketepatan data, dan mempercepatkan proses HR. Sistem ini sesuai untuk syarikat yang ingin mengurus data pekerja dengan lebih efisien tanpa memerlukan fungsi HR yang kompleks seperti penggajian dan penilaian prestasi
Ciri utama HRIS:
Pengurusan data pekerja (nama, alamat, jawatan, gaji)
Pemantauan cuti & kehadiran
Penyimpanan rekod pekerja
Integrasi dengan sistem gaji
Apa Itu HRMS?
HRMS (Human Resource Management System) ialah sistem HR yang lebih lengkap dan merangkumi fungsi HRIS serta menambah ciri pengurusan gaji, latihan, dan prestasi pekerja. Dengan menggunakan Sistem HRMS, syarikat dapat meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kesilapan manual, menjimatkan masa pengurusan HR, dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang buruh. Sistem ini sesuai untuk syarikat dari pelbagai saiz yang ingin mengurus tenaga kerja dengan lebih sistematik dan profesional.
Ciri utama HRMS:
Semua fungsi HRIS
Pengurusan gaji dan payroll
Penilaian prestasi pekerja
Modul latihan & pembangunan
Pengurusan faedah pekerja
Perbezaan Utama Antara Sistem HRMS dan HRIS
Sekarang kita dah tahu definisi setiap sistem, jom kita lihat perbezaan utama antara HRMS dan HRIS.


Kesimpulan: HRIS lebih ringan dan fokus kepada data pekerja, manakala HRMS lebih menyeluruh dan automasi banyak aspek HR
Kelebihan & Kekurangan Sistem HRMS vs HRIS
Jom kita tengok kelebihan dan kekurangan setiap sistem sebelum buat keputusan!
Kelebihan HRIS
Mudah digunakan & tidak terlalu kompleks
Kos lebih rendah berbanding HRMS
Kekurangan HRIS
Tidak mempunyai modul gaji, latihan & prestasi
Terhad kepada penyimpanan maklumat pekerja
Kelebihan HRIS
Mengandungi semua fungsi HR dalam satu sistem
Automasi pengiraan gaji, faedah, dan prestasi pekerja
Lebih berkesan untuk syarikat dengan ramai pekerja
Kekurangan HRIS
Lebih mahal berbanding HRIS
Lebih kompleks untuk dikendalikan
Sistem Mana Lebih Sesuai untuk Syarikat Anda?
Sebelum pilih sistem, tanyakan soalan berikut:
Berapa besar syarikat anda?
- Syarikat kecil? HRIS lebih sesuai.
- Syarikat besar? HRMS lebih praktikal.
Apa keperluan utama HR anda?
- Hanya rekod pekerja & kehadiran? Pilih HRIS.
- Nak automasi gaji, prestasi & latihan? Pilih HRMS.
Bajet syarikat?
- Bajet rendah? HRIS lebih jimat.
- Ada bajet lebih? HRMS berbaloi untuk jangka panjang.
Kesimpulan
HRIS vs HRMS – Mana lebih baik?
Jika syarikat anda kecil & hanya perlukan sistem rekod pekerja, HRIS sudah mencukupi.
Jika anda mahukan pengurusan HR yang lebih lengkap, termasuk gaji, prestasi & latihan, HRMS lebih sesuai.
Kesimpulan mudah:
✅ HRIS = Rekod pekerja & pengurusan asas
✅ HRMS = HR lengkap + Gaji + Prestasi + Latihan
Jika syarikat anda berkembang pesat, melabur dalam HRMS adalah keputusan terbaik untuk jangka panjang! Banyak manfaat yang boleh syarikat dapat selepas menggunakan sistem pengurusan sumber manusia (HR) tanpa keluarkan kos yang tinggi. Memudahkan kerja HR bagi memantau segala perihal perkerja hanya dalam satu dashboard sistem saja.
Mencari Sistem Lengkap HRMS & HRIS Dengan Kos Yang Rendah Dan Jimat !
Masih mencari sistem yang ada fungsi HRMS & HRIS untuk pengurusan HR yang lebih tersusun ?
MesraHR ada semua itu, dilengkapi dengan fungsi attandance,leave management, payroll, claim, staff documentation dan banyak lagi fungsi yang HR/owner bisnes perlukan. Boleh selaraskan semua kepentingan syarikat hanya dalam satu sistem yang mudah dikendalikan.


Isi Maklumat Dibawah
Table of Contents
Menguruskan pekerja bukan kerja mudah. Dari mengira gaji, menyemak cuti, hinggalah ke pemantauan prestasi, semuanya memerlukan masa, tenaga, dan ketelitian. Kalau syarikat masih guna kaedah manual seperti Excel, punch card, dan fail fizikal, memang mudah tersilap.
Sebab itulah Sistem HR menjadi penyelesaian terbaik! Sistem ini bukan sekadar alat teknologi, tetapi platform yang memudahkan pengurusan pekerja secara automatik, teratur, dan selamat.
Jom kita tengok 7 sebab utama kenapa syarikat anda perlukan Sistem HR sekarang juga!
Apa Itu Sistem HR?
Sistem HR ialah platform digital yang membantu syarikat menguruskan pelbagai tugas sumber manusia, termasuk:
Pengurusan gaji dan cuti pekerja
Pemantauan kehadiran secara automatik
Rekrutmen dan onboarding pekerja baru
Penyimpanan data pekerja secara selamat
Penilaian prestasi dan laporan
Di Malaysia, banyak syarikat sudah beralih ke Sistem yang menawarkan penyelesaian lengkap seperti HRMS (Human Resource Management System). Sistem ini bukan sahaja memudahkan kerja HR tetapi juga membantu syarikat mematuhi undang-undang buruh.
Ketahui sistem manual atau automatik yang mana lebih effesien untuk hr dan syarikat.
7 Sebab Utama Kenapa Syarikat Anda Perlukan Sistem HR
Automasi Tugas Pentadbiran
Tanpa sistem, tugas pentadbiran HR seperti mengira gaji, memantau cuti, dan mengisi borang perlu dilakukan secara manual. Ini bukan sahaja memakan masa, tetapi juga terdedah kepada kesilapan manusia.
Dengan Sistem HR:
Slip gaji dihasilkan secara automatik.
Cuti pekerja direkodkan terus dalam sistem.
Notifikasi dihantar jika ada dokumen penting yang perlu diperbaharui.
Pengurusan Gaji yang Tepat dan Pantas
Bayangkan kalau gaji pekerja tersalah kira – memang boleh timbul masalah besar! Dengan bersistem memastikan pengiraan gaji tepat, termasuk potongan KWSP, PERKESO, dan PCB, semuanya secara automatik.
Kelebihan:
Tiada lagi salah kira gaji atau potongan cukai.
Bayaran bonus dan elaun dikira secara automatik.
Slip gaji digital terus dihantar ke e-mel pekerja.
Sumber : MOHR – Akta Gaji Minimum
Pengurusan Cuti dan Kehadiran Lebih Mudah
Tanpa sistem HR, cuti pekerja sering direkodkan dalam buku log atau Excel, yang mudah hilang atau terlupa kemaskini.
📅 Dengan Sistem HR:
Pekerja boleh memohon cuti secara online.
HR boleh menyemak baki cuti dalam satu platform.
Kehadiran pekerja dipantau secara real-time, termasuk kerja dari rumah.
Penyimpanan Data Pekerja yang Selamat
Dokumen fizikal mudah hilang, rosak, atau dicuri. Melalui sistem boleh menyimpan semua maklumat pekerja dalam cloud storage yang selamat.
Kelebihan:
Data pekerja boleh diakses bila-bila masa.
Penyulitan data memastikan privasi terjaga.
Backup automatik mengelakkan kehilangan maklumat penting.
Pematuhan Undang-Undang Buruh
Di Malaysia, syarikat mesti mematuhi Akta Kerja 1955 dan peraturan buruh lain. Sistem HR memastikan syarikat sentiasa mematuhi undang-undang ini.
Bagaimana?:
Laporan gaji dan cuti selaras dengan peraturan LHDN.
Notifikasi jika kontrak pekerja hampir tamat.
Pengurusan cuti bersalin, sakit, dan tahunan mengikut akta.
Rujukan: JTKSM – Akta Kerja 1955
Meningkatkan Produktiviti dan Kepuasan Pekerja
Bila kerja HR jadi lebih efisien, pekerja pun lebih gembira. Mereka tak perlu tunggu lama untuk:
Slip gaji,
Kelulusan cuti,
Akses maklumat peribadi.
Hasilnya: Pekerja lebih fokus pada kerja, bukan urusan pentadbiran.
Membantu Pengambilan dan Onboarding Pekerja Baharu
Proses rekrutmen dan onboarding secara manual boleh memakan masa berminggu-minggu. Dengan sistem HR, semuanya jadi lebih cepat dan teratur.
📄 Apa yang dipermudahkan?:
Iklan jawatan boleh dipaparkan terus dari sistem.
Resume screening dilakukan secara automatik.
Dokumen onboarding dihantar secara digital.
Kesimpulan: Lebih cepat ambil staf, lebih cepat kerja jalan!
Kesimpulan
Sistem HR bukan lagi pilihan, tetapi keperluan untuk syarikat yang mahu beroperasi dengan lebih cekap dan teratur. Banyak peranan Hr yang boleh diautokan dan di document kan secara sistematik dan tersusun.Dari automasi tugas HR, pengurusan gaji, hingga pemantauan prestasi, semuanya menjadi lebih mudah dengan platform digital.
Bagi syarikat di Malaysia, pilihan Sistem HR Malaysia seperti HRMS kerana banyak kelebihan sistem yang sangat membantu memudahkan pengurusan sumber manusia sambil mematuhi undang-undang buruh tempatan.
Jadi, kalau syarikat anda masih bergantung pada kaedah manual, mungkin sudah tiba masanya untuk beralih ke sistem HR automatik. Bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, tetapi juga memastikan syarikat bergerak lebih maju dalam dunia digital.
Sistem HR = Kerja HR Mudah, Pekerja Happy, Syarikat Untung!
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah sistem HR sesuai untuk syarikat kecil?
Ya! Banyak platform Sistem HR Malaysia menawarkan pakej fleksibel mengikut keperluan syarikat kecil.
2. Adakah data pekerja selamat dalam sistem HR?
Ya, sistem HR moden menggunakan penyulitan data dan backup automatik untuk memastikan keselamatan maklumat.
3. Berapa kos untuk implementasi sistem HR?
Harga bergantung kepada penyedia dan keperluan syarikat, dan berapa bilangan pekerja.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau mencuba demo sistem HR, hubungi kami hari ini!
Sistem HR Malaysia: Apa Pilihan yang Ada?
Letih buat A to Z sorang sorang je buat kerja HR ? Fail document semua berterabur terlupa simpan dimana. Bila perlu susah nak cari. Simpan di fail pulak satu hari nanti boleh remput, koyak dan dakwat di paper boleh hilang susah nak baca atau refer nanti.
Apa kata guna saja Mesra HR semua document penting syarikat dan pekerja tersimpan dengan baik sebab di sistem bila-bila masa perlu boleh terus download saja.
Banyak lagi features yang ada boleh mudahkan pengurusan kerja anda. Sistem HRMS freindly user bantu jimatkan Masa, kurangkan kos dan urus Staf dengan lebih efisien hanya dalam 1 dashboard & aplikasi mudah alih di phone.








