Apa itu KPI (Key Performance Indicator), 1 Panduan KPI Effective

Istilah KPI atau Key Performance Indicator sudah menjadi sebahagian daripada bahasa harian. Namun, tidak semua orang benar-benar memahami maksudnya, bagaimana ia boleh digunakan secara efektif dan cara mengendalikannya untuk memastikan organisasi berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.
Artikel ini akan membongkar segala perkara penting tentangnya, mengapa ia sangat kritikal dalam pengurusan prestasi serta panduan KPI supaya dapat memaksimakan potensi organisasi dan individu.
Isi Kandungan
Apa Itu KPI?

Key Performance Indicator, iaitu penunjuk utama prestasi yang digunakan untuk mengukur kejayaan atau pencapaian sesuatu organisasi, jabatan atau individu terhadap objektif tertentu.
Definisi Mudah
Ia merupakan metrik yang boleh diukur yang menunjukkan sejauh mana sesuatu matlamat telah dicapai. Contohnya, sebuah syarikat jualan mungkin menggunakannya seperti jumlah jualan bulanan, jumlah pelanggan baru atau kadar pengekalan pelanggan untuk menilai prestasi mereka.
Fungsi Utama KPI
Memantau kemajuan: Membantu organisasi melihat sejauh mana mereka mencapai sasaran.
Membantu membuat keputusan: Data prestasi memberikan maklumat tepat untuk tindakan lanjut.
Memotivasikan pekerja: Apabila objektif jelas, pekerja tahu apa yang dijangka dan boleh fokus untuk mencapai sasaran.
Jenis-Jenis KPI
Terdapat beberapa jenis bergantung kepada fokus dan tahap pengukurannya:
- Strategik
Fokus pada matlamat jangka panjang organisasi seperti pertumbuhan pendapatan, peningkatan bahagian pasaran atau kepuasan pelanggan secara menyeluruh.
- Operasi
Berkaitan dengan aktiviti harian dan operasi seperti masa pengeluaran produk, kadar kesilapan atau tempoh masa penyelesaian aduan pelanggan.
- Jabatan
Spesifik untuk jabatan tertentu. Contohnya, jabatan pemasaran mungkin fokus pada jumlah prospek baru, manakala jabatan kewangan memantau kadar perolehan invois.
- Leading dan Lagging
Leading adalah hasil yang dijangka akan diperoleh oleh organisasi seperti tahap penglibatan pekerja. Lagging pula merupakan hasil yang telah diperoleh oleh organisasi. Contohnya, kadar keluar masuk pekerja.
Berkaitan: 7 Cara Tingkatkan Prestasi Pekerja
Kenapa KPI Penting dalam Organisasi?
Penjejakan Matlamat dengan Jelas
Tanpanya, sukar untuk menentukan sama ada sesuatu usaha berjaya atau tidak. KPI memberi petunjuk yang jelas dan bukti konkrit tentang prestasi.
Fokus Pada Keutamaan
Ia membantu organisasi dan pekerja memfokuskan usaha pada perkara yang paling penting dan mengelakkan pembaziran sumber pada perkara yang kurang beri nilai.
Meningkatkan Motivasi dan Akauntabiliti
Apabila objektif jelas dan diketahui semua, setiap individu tahu tanggungjawab mereka. Ini dapat meningkatkan motivasi dan rasa tanggungjawab untuk mencapai matlamat.
Memudahkan Komunikasi dan Penilaian
KPI menjadi bahasa bersama dalam organisasi untuk membincangkan prestasi dan membuat penambahbaikan.
Cara Membina KPI yang Berkesan (SMART)

Membina objektif bukan sekadar pilih angka secara rawak. KPI yang berkesan mesti memenuhi beberapa ciri penting:
S - Specific (Terperinci)
Mesti jelas dan terperinci supaya tidak ada kekeliruan. Contohnya, bukan hanya “tingkatkan jualan”, tetapi “tingkatkan jualan produk A sebanyak 10% dalam 6 bulan”.
M - Measurable (Boleh Diukur)
Perlu mempunyai ukuran yang konkrit supaya prestasi boleh dinilai dengan tepat.
A - Achievable (Boleh Dicapai)
Matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya pekerja tidak berasa tertekan atau kecewa.
R - Relevant (Relevan)
Patut berkaitan dengan objektif organisasi dan berimpak langsung kepada kejayaan.
T - Time Bound (Terikat Masa)
Mesti ada tempoh masa yang jelas untuk mencapai KPI.
Cara Mengendalikan dan Memantau KPI
Tetapkan Bersama Pasukan
Libatkan pasukan dalam menentukan objektif supaya semua faham dan komited kepada matlamat yang sama.
Gunakan Alat Digital dan Sistem HR
Gunakan platform seperti mesraHR untuk merekod, memantau dan melaporkan prestasi secara automatik dan masa sebenar.
Adakan Sesi Review Berkala
Pantau perkembangan prestasi secara berkala seperti mingguan atau bulanan untuk membuat penyesuaian segera.
Berikan Maklum Balas Konstruktif
Gunakan data prestasi untuk memberi maklum balas yang membina kepada pekerja agar mereka tahu di mana perlu diperbaiki.
Sambut Pencapaian
Apabila KPI berjaya dicapai, beri pengiktirafan dan ganjaran untuk mengekalkan motivasi.
Cabaran Dalam Mengurus KPI dan Cara Atasinya
Objektif Tidak Jelas atau Terlalu Banyak
Pastikan objektif tidak terlalu banyak hingga membebankan. Fokus pada objektif utama sahaja.
Data Tidak Konsisten atau Tidak Tepat
Pastikan data dikumpul dengan betul dan tepat, guna sistem digital untuk elak kesilapan.
Kurang Komitmen Dari Pekerja
Libatkan pekerja dalam penetapan prestasi dan beri mereka pemahaman penuh tentang pentingnya KPI.
Tiada Tindakan Susulan
KPI tanpa tindakan susulan adalah sia-sia. Sentiasa pantau dan buat pelan tindakan jika ada prestasi yang tidak mencapai sasaran.
Berkaitan: Syarikat Anda Perlukan Sistem Ajaib Ini!
Kesimpulan
KPI merupakan alat penting yang membantu organisasi menilai prestasi dan mencapai matlamat secara sistematik dan berfokus. Dengan membina KPI menggunakan ciri SMART serta memantau secara berterusan, organisasi dapat meningkatkan kecekapan kerja dan motivasi pekerja.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia Malaysia turut menyediakan pelbagai maklumat berkaitan polisi pekerjaan dan pengurusan prestasi yang boleh dijadikan rujukan.
Gunakan teknologi seperti mesraHR untuk memudahkan pengurusan prestasi dan pastikan setiap langkah dalam pengurusan prestasi dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu KPI (Key Performance Indicator) dan fungsinya?
Key Performance Indicator adalah penunjuk utama prestasi yang digunakan untuk mengukur kejayaan seseorang, pasukan atau organisasi dalam mencapai matlamat atau objektif tertentu. Ia berfungsi menilai prestasi kerja, kemajuan projek dan hasil yang dicapai dalam tempoh masa tertentu.
2. Bagaimana Kira KPI?
Cara pengiraannya adalah subjektif dan berbeza mengikut bidang serta bergantung kepada prestasi yang hendak diukur.
Sebagai contoh, Sebagai contoh, Kadar Penukaran (Conversion Rate) dikira dengan membahagikan jumlah tindakan yang berjaya seperti pendaftaran dengan jumlah keseluruhan interaksi seperti pelawat laman web, kemudian didarabkan dengan 100 untuk mendapatkan peratusan.
3. Apa Jenis KPI yang Sesuai Untuk Organisasi Saya?
Jenis yang sesuai bergantung kepada industri, sasaran perniagaan dan keutamaan organisasi.
Contohnya, prestasi sektor perkhidmatan pelanggan mungkin melibatkan kadar kepuasan pelanggan atau masa tindak balas. Pastikan objektif yang ditetapkan berkaitan dengan matlamat utama dan memberikan petunjuk yang berguna untuk penambahbaikan prestasi.
4. Mengapa KPI Penting dalam Pengurusan Sumber Manusia?
Ia sangat penting dalam pengurusan sumber manusia kerana ia membantu menilai prestasi pekerja secara objektif dan memberi panduan untuk pembangunan kerjaya. Dengan menetapkan objektif yang jelas untuk pekerja, majikan dapat melihat dengan tepat di mana kekuatan dan kelemahan pekerja. Ini memudahkan majikan untuk memberi maklum balas konstruktif serta merancang latihan dan sokongan untuk meningkatkan prestasi mereka.
Mari Kami Bantu Tingkatkan Pengalaman Kerja Syarikat Anda Dengan mesraHR!
Adakah syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengalaman bekerja yang kurang best dan tidak efisien?
Berita baik untuk anda semua kerana mesraHR ada penyelesaian kepada semua masalah tersebut! Dari pengurusan gaji, pengurusan cuti, tuntutan, pengurusan kehadiran sehingga pengurusan prestasi semuanya dalam satu sistem sahaja!
Mari cuba FREE DEMO untuk dapatkan sistem mesraHR sekarang!
