3 Langkah Mudah Guna Feature Leave Aplikasi Official mesraHR

Pelajari cara menggunakan Feature Leave MesraHR untuk menguruskan cuti pekerja dengan lebih mudah dan efisien. Penyelesaian lengkap untuk HR dan pekerja dalam menguruskan cuti secara digital.
Isi Kandungan
Kenapa Pilih MesraHR?
Penggunaan sistem pengurusan sumber manusia seperti mesraHR menawarkan pelbagai manfaat yang memudahkan urusan harian anda:
- Pengurusan HR Lebih Mudah
Tiada lagi keperluan untuk menyimpan fail fizikal atau menjejaki maklumat pekerja secara manual. Dengan mesraHR, semua maklumat seperti cuti, kehadiran dan gaji boleh diakses dalam satu platform yang tersusun. - Ketelusan Dalam Proses
Pekerja boleh menyemak status permohonan cuti, tuntutan atau waktu kehadiran mereka sendiri tanpa perlu menunggu respon daripada HR. - Menjimatkan Masa & Kos
Automasi proses HR mengurangkan beban kerja manual dan meminimumkan kesilapan. Ini membolehkan syarikat memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja dan pertumbuhan bisnes. - Akses Fleksibel Di Mana-Mana
MesraHR boleh diakses melalui komputer atau peranti mudah alih pada bila-bila masa. Sama ada anda di pejabat, di rumah atau sedang bekerja secara jarak jauh.
Apa Itu Feature Leave mesraHR?
Feature Leave mesraHR adalah salah satu ciri atau fungsi yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS) yang memudahkan pengurusan cuti pekerja dalam organisasi. Ciri ini direka untuk mengautomatikkan dan mempermudahkan proses permohonan, kelulusan dan pemantauan cuti dalam syarikat.
Fungsi utamanya termasuk:
1. Permohonan Cuti:
Pekerja boleh memohon cuti secara digital melalui aplikasi. Jenis cuti yang boleh dipohon termasuk cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan atau jenis cuti lain yang disediakan oleh syarikat.
2. Kalendar Cuti:
Majikan boleh melihat sejarah cuti pekerja pada bila-bila masa, memberi mereka gambaran yang jelas mengenai penggunaan cuti dalam organisasi. Ini juga boleh mengelakkan pertindihan cuti antara staf.
- HR dapat memantau kehadiran dan cuti pekerja dengan mudah. Semua rekod cuti pekerja, termasuk baki cuti tahunan, cuti sakit dan cuti khas, akan dikemas kini secara automatik dalam sistem.

3. Laporan dan Analitik:
Sistem ini memaparkan penggunaan dan baki cuti yang masih ada, membolehkan pekerja merancang cuti mereka dengan lebih efisien.
3 Langkah Guna Feature Leave mesraHR
Langkah 1: Masuk Ke Aplikasi mesraHR dan Pilih Feature Leave

a. Log Masuk ke Akaun mesraHR
Langkah pertama untuk menggunakan Feature Leave adalah dengan log masuk ke dalam akaun mesraHR anda. Jika anda belum mempunyai akaun, daftar terlebih dahulu melalui portal rasmi mesraHR.
b. Pilih Menu “Leave”
Setelah berjaya log masuk, cari dan pilih menu “Leave” yang terdapat di pilihan menu yang disediakan. Menu ini akan membawa anda ke halaman yang membolehkan anda memohon cuti dan memeriksa baki cuti anda.
Langkah 2: Pilih Jenis Cuti dan Tarikh yang Dikehendaki


a. Pilih Jenis Cuti
Dalam Feature Leave, anda akan diberikan beberapa pilihan jenis cuti yang boleh dipohon. Ini termasuk cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan dan jenis cuti lain yang disediakan oleh organisasi.
Cuti Tahunan: Untuk cuti yang diberikan setiap tahun sebagai hak pekerja.
Cuti Sakit: Untuk pekerja yang tidak dapat hadir ke tempat kerja kerana sakit.
Cuti Kecemasan: Untuk situasi kecemasan yang memerlukan pekerja tidak hadir bekerja.
Pilih jenis cuti yang sesuai dengan keperluan anda.
b. Pilih Tarikh Cuti
Setelah memilih jenis cuti, langkah seterusnya adalah memilih tarikh yang sesuai. Anda akan diminta untuk memilih tarikh mula dan tarikh tamat cuti yang diinginkan.
Anda boleh memilih cuti sepanjang hari atau separuh hari.
Pastikan anda memilih tarikh yang tepat untuk mengelakkan kekeliruan semasa permohonan cuti diluluskan.
Langkah 3: Hantar Permohonan dan Tunggu Kelulusan

a. Sahkan Maklumat Permohonan
Sebelum menghantar permohonan cuti, pastikan anda semak kembali maklumat yang telah dimasukkan. Pastikan jenis cuti, tarikh mula dan tarikh tamat adalah betul. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa tiada kesilapan berlaku.
b. Hantar Permohonan Cuti
Setelah mengesahkan maklumat, anda hanya perlu klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan cuti kepada pengurus atau pihak yang bertanggungjawab. Permohonan anda akan diterima oleh majikan atau HR dan mereka akan diberitahu melalui aplikasi untuk memproses permohonan anda.
c. Menunggu Kelulusan
Selepas permohonan dihantar, anda boleh memantau status permohonan cuti anda melalui tab “Status Cuti” di dalam aplikasi. Sekiranya permohonan diterima, anda akan menerima notifikasi bahawa cuti anda telah diluluskan. Jika ditolak, anda akan diberitahu mengenai sebab penolakan dan boleh memohon semula atau membuat penyesuaian jika perlu.
Tips Pengurusan Cuti Pekerja Berkesan
- Gunakan Sistem Pengurusan Cuti Automatik
Dengan automasi, sistem ini membantu pekerja memohon cuti dengan mudah, sementara HR dan majikan dapat mengesahkan dan memantau rekod cuti pekerja tanpa kesilapan manusia. - Tetapkan Polisi Cuti yang Jelas
Pastikan polisi cuti syarikat jelas dan mudah difahami oleh pekerja. Menyediakan garis panduan yang terperinci dan menyeluruh akan mengelakkan kesilapan atau salah faham mengenai hak cuti pekerja. - Rancang Cuti Dengan Teliti
Rancang cuti tahunan pekerja dengan lebih teliti untuk memastikan kelancaran operasi syarikat. Pastikan penjadualan cuti tidak bertembung dengan waktu sibuk atau puncak musim kerja. - Monitor Baki Cuti Secara Berkala
Pastikan pekerja mempunyai akses untuk memantau baki cuti mereka dalam sistem HRMS yang digunakan oleh syarikat. - Galakkan Penggunaan Cuti Tahunan
Cuti tahunan memberi peluang kepada pekerja untuk berehat dan meningkatkan produktiviti mereka setelah kembali bekerja. - Sediakan Prosedur Penggantian Cuti
Pastikan ada prosedur penggantian cuti yang baik supaya operasi syarikat tidak terganggu apabila pekerja bercuti. - Komunikasi yang Terbuka dengan Pekerja
Pastikan mereka diberi ruang untuk membincangkan keperluan cuti yang mungkin timbul dalam situasi tertentu seperti keperluan keluarga atau keperluan perubatan. - Penyediaan Dokumentasi untuk Cuti Kecemasan
Dokumentasi sokongan boleh merangkumi sijil perubatan atau laporan kecemasan yang disahkan oleh pihak berkuasa. Ini akan memastikan cuti kecemasan diberikan dengan cara yang sah dan teratur.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah manfaat menggunakan feature leave di mesraHR?
- Meningkatkan Efisiensi dan Produktiviti
- Transperansi dan Ketelusan
- Pengurangan Kesilapan Pengiraan Cuti
- Penyelesaian Pantas dan Efisien
2. Bolehkah majikan menambah jenis cuti lain di dalam mesaraHR?
Boleh, majikan boleh memilih untuk menyediakan cuti khusus atau spesifik untuk organisasi mereka sperti ‘Work From Home Leave’.
3. Adakah aplikasi mesraHR tersedia di dalam Iphone?
Ya, aplikasi mesraHR ada terdapat dalam App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
4. Adakah mesraHR selamat untuk digunakan?
Ya, platform mesraHR menggunakan protokol keselamatan yang tinggi untuk melindungi data dan maklumat pengguna.
Kesimpulan: Pengurusan Cuti Lebih Mudah, Cepat dan Efisien
Dengan Feature Leave dalam aplikasi mesraHR, pengurusan cuti pekerja menjadi lebih teratur dan berkesan. Pekerja dapat memohon cuti dengan mudah, manakala HR dan majikan dapat memantau dan meluluskan cuti dengan lebih efisien. Sistem ini bukan sahaja memudahkan pekerja, tetapi juga membantu majikan mengelakkan masalah pengurusan cuti yang sering berlaku dalam sistem manual.
Jika anda seorang pemilik SME atau pengurus HR, menggunakan mesraHR untuk pengurusan cuti adalah pilihan yang bijak untuk meningkatkan produktiviti dan mempermudah proses HR.
