Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Impak kepada Tenaga Kerja di Malaysia

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 - mesraHR

Sidang Kemuncak ASEAN (ASEAN Summit) adalah pertemuan tahunan para pemimpin negara-negara anggota ASEANPertemuan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu penting di peringkat serantau dan antarabangsa serta memperkuatkan kerjasama di berbagai bidang.  Ketahui bagaimana Sidang Kemuncak ASEAN 2025 memberi impak kepada tenaga kerja khususnya melalui galakan bekerja dari rumah (BDR).

Isi Kandungan

Apa itu Sidang Kemuncak ASEAN 2025?

LOGO ASEAN 2025

Sidang Kemuncak ASEAN ialah mesyuarat dua kali setahun yang diadakan oleh ahli-ahli Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara berhubung dengan pembangunan ekonomi, politik, keselamatan dan sosiobudaya negara-negara Asia Tenggara. Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang bakal diadakan di Malaysia dijangka akan memberi impak bukan sahaja dalam aspek diplomatik dan ekonomi, tetapi juga kepada tenaga kerja negara.

 

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku semasa sidang kemuncak tersebut, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah yang memberi fokus kepada kesejahteraan pekerja dalam sektor penjawat awam dan pekerja swasta. Dalam artikel ini, kita akan mengupas bagaimana Bekerja Dari Rumah (BDR) diterapkan untuk menangani gangguan yang disebabkan oleh kesesakan trafik serta bagaimana tema Keterangkuman dan Kemampanan dalam sidang kemuncak ini memberi penekanan kepada tenaga kerja yang berdaya tahan dan boleh disesuaikan.

Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk Sektor Penjawat Awam

Bagi memastikan kelancaran operasi semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2025, kerajaan Malaysia menggalakkan kakitangan sektor penjawat awam untuk bekerja dari rumah (BDR) sebagai langkah awal untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku. Dengan sidang kemuncak yang berlangsung di Kuala Lumpur, kesesakan jalan raya dijangka meningkat menyebabkan gangguan kepada perjalanan harian ramai pekerja.

Prosedur dan Keperluan untuk Permohonan BDR

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), prosedur permohonan BDR telah disediakan untuk memudahkan kakitangan sektor awam membuat permohonan untuk bekerja dari rumah. JPA telah menggariskan beberapa keperluan seperti memastikan akses kepada peralatan teknologi yang sesuai, keperluan keselamatan siber dan penyelarasan tugas kerja bagi memastikan tugas harian dapat dijalankan dengan cekap walaupun dari rumah.

Baca Juga: Cara Kira OT 2025

Kerajaan berharap dengan pelaksanaan BDR, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan dapat mengekalkan produktiviti pekerja tanpa terjejas oleh gangguan luar. Selain itu, langkah ini memberi peluang kepada pekerja untuk menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan mereka terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh dari pusat bandar.

Galakan untuk Sektor Pekerja Swasta

Selain penjawat awam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menggalakkan majikan sektor swasta untuk bersikap lebih fleksibel dalam membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah. Ini adalah langkah penting untuk mengurangkan gangguan berkaitan trafik dan membantu kesejahteraan pekerja dalam menghadapi keadaan kesesakan yang bakal berlaku.

Keperluan Fleksibiliti dalam Pengurusan Tenaga Kerja

Galakan kerajaan untuk majikan sektor swasta supaya memberi kelonggaran bekerja dari rumah bertujuan untuk memastikan keselesaan pekerja tanpa mengurangkan prestasi dan produktiviti mereka. Di sebalik cabaran yang dihadapi oleh pekerja akibat kesesakan trafik, ini juga memberi majikan peluang untuk menggalakkan kesejahteraan mental pekerja, mengurangkan stres perjalanan dan memberi mereka lebih fleksibiliti dalam menjalani kehidupan harian.

Penyesuaian Dengan Cabaran Terkini

Dengan pandemik COVID-19 yang mengajar kita tentang kerja fleksibel, ramai pekerja kini lebih terbuka untuk bekerja dari rumah dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang lebih dinamik. Oleh itu, galakan ini bukan sahaja memberi keselesaan jangka pendek semasa sidang kemuncak, tetapi juga memperkenalkan konsep kerja yang lebih fleksibel dalam jangka masa panjang.

Fokus pada Tenaga Kerja Berdaya Tahan

Sidang Kemuncak ASEAN juga akan melibatkan Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ASEAN 2025, yang bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan untuk Tenaga Kerja Berdaya Tahan”.

Tema “Keterangkuman dan Kemampanan” yang diketengahkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN 2025 menekankan pentingnya memiliki tenaga kerja yang boleh menyesuaikan diri dengan cabaran semasa serta mampu mengekalkan produktiviti walaupun dalam keadaan yang sukar.

Impak Jangka Pendek: Kesan terhadap Kehidupan Harian

Kesan sidang kemuncak itu melangkaui acara formal sahaja, menjejaskan kehidupan seharian ramai orang di Kuala Lumpur termasuk mereka yang bekerja, bersekolah atau berulang-alik.

Potensi Gangguan Trafik

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dijangka menyebabkan kesesakan lalu lintas yang ketara terutamanya di kawasan KLCC dan kawasan sekitar. Dengan pergerakan oleh pelbagai delegasi, diplomat dan tetamu antarabangsa, keadaan jalan raya akan menjadi lebih sibuk seterusnya menjejaskan perjalanan harian pekerja yang bekerja di kawasan tersebut.

Kesan terhadap Kehidupan Seharian Pekerja

Pekerja yang terpaksa menghabiskan masa lebih banyak dalam perjalanan akan lebih terdedah kepada keletihan yang boleh mengurangkan produktiviti kerja mereka sepanjang hari. Oleh itu, dengan galakan untuk bekerja dari rumah, pekerja dapat menjimatkan masa perjalanan, pada masa yang sama menjaga kesihatan mental mereka. Lain pula ceritanya jika pekerja sengaja tidak hadir pejabat tanpa sebarang alasan munasabah, syarikat layak mengeluarkan Warning Letter.

Impak Jangka Panjang: Pembentukan Dasar Pekerjaan Fleksibel

Fokus Sidang Kemuncak ASEAN terhadap tenaga kerja berdaya tahan mempunyai implikasi jangka panjang untuk pembangunan dasar pekerjaan di Malaysia. Galakan untuk berkerja dari rumah yang diperkenalkan semasa sidang kemuncak ini mungkin menjadi pencetus perubahan besar dalam bagaimana sektor awam dan swasta menguruskan tenaga kerja pada masa hadapan.

Dasar Kerja Fleksibel yang Lebih Luas

Selepas Sidang Kemuncak ASEAN 2025, kita mungkin akan melihat lebih banyak majikan di Malaysia yang akan memperkenalkan dasar kerja fleksibel untuk pekerja mereka, sama ada dalam sektor penjawat awam atau sektor swasta. Ini akan memberi kesejahteraan jangka panjang kepada pekerja, selain meningkatkan kualiti hidup mereka.

Kesediaan untuk Menghadapi Krisis Masa Depan

Penerapan tenaga kerja yang lebih fleksibel juga boleh membantu Malaysia bersedia menghadapi krisis pada masa akan datang seperti pandemik atau kemunculan teknologi baru yang mengubah cara kita bekerja. Pekerja yang boleh bekerja dari rumah atau mempunyai jadual kerja yang fleksibel akan lebih siap sedia menghadapi cabaran luar biasa.

Soalan Lazim (FAQ)

Q: Apa itu Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (2025)?

A: Sidang Kemuncak ASEAN merupakan pertemuan tertinggi antara para pemimpin negara-negara anggota ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) yang diadakan secara berkala bagi membincangkan isu-isu penting berkaitan serantau dan antarabangsa.

Q: Bila dan Di mana Sidang itu akan Berlansung?

  • Tarikh : 26 dan 27 Mei 2025.
  • Lokasi : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  • Tema : ‘Keterangkuman dan Kemampanan’

Q: Apakah Cabaran Tenaga Kerja di Asia Tenggara?

  • Perubahan Teknologi dan Automasi
  • Penuaan Penduduk
  • Ketidakseimbangan Ekonomi di Antara Negara ASEAN

Q: Apa peluang yang Boleh Diharapkan dalam Sidang Kemuncak 2025?

  • Peluang Pelaburan
  • Peningkatan Kemahiran
  • Mewujudkan Ekonomi Digital yang Inklusif
  • Memperkasa Perlindungan Sosial untuk Pekerja

Penutup

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 bukan sahaja memberikan tumpuan kepada kerjasama serantau dalam pelbagai sektor, tetapi juga membuka peluang untuk menyusun semula cara kita bekerja dalam dunia yang semakin berkembang. Dengan galakan untuk bekerja dari rumah, Malaysia kini berada di persimpangan untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja dan memperbaiki kualiti kehidupan mereka.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 berpotensi untuk membentuk dasar pekerjaan yang lebih terbuka, inklusif dan mampan. Ini bukan hanya memberi manfaat kepada pekerja tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat serantau dan global.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa mesraHR!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko silap pengiraan, rekod tidak teratur atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, mesraHR adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari cuba FREE DEMO untuk dapatkan sistem mesraHR sekarang!

Lead Form MesraHR