• Home
  • Product
    • HR Software
      • Smart Attendance
      • Secured Payroll
      • Site Visit Management
      • Efficient & Transparent Leave Processes
      • Claim Management
      • More
    • Training Academy
    • Grant PMKS Madani
  • Blog
    • Articles
    • FAQ
  • About Us
  • Contact Us
Login
en_US English
en_US English ms_MY Malay
Awareness

Atasi Cabaran Pengurusan Sumber Manusia dengan 1 Powerful Solution

April 14, 2025 admin No comments yet
cabaran pengurusan sumber manusia

Cabaran pengurusan sumber manusia terasa seperti tiada penghujung. Jom lihat kenapa dan apa yang boleh bantu mengurangkan beban anda.

Table of Contents

Masih ramai yang beranggapan kerja pengurusan sumber manusia atau lebih dikenali sebagai HR adalah mudah, anda hanya perlu menyemak kehadiran dan mengira gaji pekerja. Hakikatnya jauh berbeza bagi mereka yang sudah berada dalam dunia sumber manusia.

Cabaran yang dihadapi sumber manusia wajarlah tidak dipandang remeh. Hal ini dikatakan demikian kerana ia boleh memberi impak negatif terhadap pekerja, majikan dan organisasi itu sendiri. Antara cabaran yang popular ialah sistem yang sudah lapuk, risiko kesilapan pengiraan manual, proses tuntutan dan bayaran balik yang lambat, sukar mendapatkan laporan segera untuk pihak atasan dan proses berulang dan tidak sistematik.

Pengurusan sumber manusia merupakan teras penting dalam memastikan kesinambungan dan kejayaan sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia yang baik memberi impak yang besar terhadap pencapaian dan daya saing sesebuah organisasi. Oleh itu, artikel ini akan mengkaji cabaran pengurusan sumber manusia dan bagaimana organisasi anda boleh menanganinya secara strategik.

Cabaran Pengurusan Sumber Manusia

1. Sistem yang Sudah Lapuk

Dalam era digital yang serba pantas ini, masih terdapat banyak organisasi yang bergantung kepada sistem pengurusan sumber manusia yang sudah lapuk, seperti penggunaan fail fizikal atau perisian yang tidak mesra pengguna. Sistem seperti ini bukan sahaja memperlahankan proses kerja, malah meningkatkan risiko kesilapan data dan kehilangan maklumat penting. Selain itu, ketiadaan automasi dalam tugas-tugas asas seperti pemantauan kehadiran, permohonan cuti dan penilaian prestasi menyebabkan pengurusan tenaga kerja menjadi kurang efisien dan memakan masa.

Lebih merugikan, sistem lama ini sukar disesuaikan dengan keperluan organisasi yang semakin berkembang. Tanpa automasi dan integrasi yang cekap, pihak pengurusan akan berdepan kesukaran dalam mendapatkan laporan yang tepat dan terkini. Oleh itu, semakin banyak organisasi kini beralih kepada penyelesaian moden yang menawarkan pengurusan sumber manusia secara digital, pintar dan efisien sejajar dengan tuntutan kerja masa kini.

2. Risiko Kesilapan Pengiraan Manual

Cabaran yang lain adalah risiko kesilapan pengiraan manual dari pengiraan manual seperti gaji, cuti tahunan dan penolakan EPF. Kesilapan kecil seperti memasukkan data yang salah atau menggunakan formula yang tidak tepat boleh menyebabkan isu besar seperti pembayaran gaji tidak tepat atau pelanggaran undang-undang buruh. Kesalahan ini bukan sahaja menjejaskan kepercayaan pekerja, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang terhadap organisasi berkenaan.

Bagi mengurangkan risiko ini, banyak organisasi kini beralih kepada sistem automasi yang lebih efisien dan mesra pengguna. Dengan sistem yang direka khusus untuk keperluan sumber manusia, pengiraan dilakukan secara automatik dan tepat berdasarkan data terkini. Tambahan pula, sistem automasi ini boleh dikonfigurasi supaya selaras dengan keperluan perundangan seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955, sekaligus memastikan pematuhan terhadap aspek penting seperti kadar bayaran minimum, waktu kerja, cuti tahunan dan potongan yang dibenarkan.

3. Proses Tuntutan dan Bayaran Balik yang Lambat

Masalah tuntutan dan bayaran balik yang lambat merupakan cabaran pengurusan sumber manusia yang sering menjadi punca ketidakpuasan dalam kalangan pekerja. Proses manual yang berbelit-belit, borang yang perlu dicetak dan dihantar secara fizikal boleh menyebabkan kelewatan yang tidak sepatutnya. Hal ini bukan sahaja memberi tekanan kepada kakitangan yang menunggu bayaran, tetapi juga mencerminkan ketidakcekapan organisasi dalam menguruskan hal ehwal dalaman.

Penyelesaian segera dengan memperkemas sistem dan meningkatkan kecekapan operasi amat diperlukan bagi memastikan kesejahteraan pekerja sentiasa terpelihara. Dengan menggunakan platform pengurusan HR, proses tuntutan boleh dilakukan secara dalam talian, dengan rekod dan status bayaran yang mudah dijejak oleh semua pihak yang terlibat. 

4. Sukar Mendapatkan Laporan Segera

Antara cabaran pengurusan sumber manusia termasuklah kesukaran mendapatkan laporan segera untuk pihak atasan. Hal ini sering berlaku apabila data berkaitan pekerja seperti kehadiran, prestasi atau jumlah tuntutan tidak dikumpul dan dikemas kini lagi. Ketiadaan sistem digital yang menyeluruh memaksa pegawai HR menyediakan laporan secara manual yang memakan masa. Ini menyebabkan pihak atasan tidak dapat membuat keputusan penting dengan cepat dan berkesan.

Tambahan pula, data yang tersebar di pelbagai platform atau format menyukarkan proses penggabungan maklumat secara menyeluruh. Akibatnya, proses analisis menjadi lambat, dan pihak pengurusan terpaksa menunggu laporan lengkap untuk mengambil tindakan strategik. Bagi mengatasi masalah ini, organisasi perlu melabur dalam sistem HR digital yang dapat menghasilkan laporan secara automatik dan tepat pada masanya.

Kenali perbezaan sistem HRIS dan HRMS di sini.

5. Proses Berulang dan Tidak Sistematik

Cabaran pengurusan sumber manusia yang paling kritikal ialah proses berulang dan tidak sistematik. Tugas seperti pengurusan cuti, kemaskini maklumat pekerja, dan pemantauan prestasi sering kali dilakukan secara manual dan berulang tanpa adanya integrasi sistem yang menyeluruh. Ini bukan sahaja menambah beban kerja pegawai sumber manusia, tetapi juga meningkatkan risiko ralat serta menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan tugasan harian.

Selain itu, proses yang tidak diselaraskan juga berisiko menimbulkan kesilapan data dan kelewatan komunikasi antara jabatan. Ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan operasi malah boleh mengundang rungutan daripada pekerja dan pengurusan. Bagi menangani masalah ini, organisasi perlu beralih kepada platform pengurusan sumber manusia seperti MesraHR yang lebih tersusun dan mesra pengguna bagi memastikan setiap proses dijalankan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan.

Kesimpulan

Cabaran pengurusan sumber manusia perlulah diambil serius kerana ia secara langsung memberi kesan kepada prestasi, keberkesanan operasi dan kelangsungan sesebuah organisasi.

Semua cabaran sumber manusia telah mengajar kita untuk mengikut transformasi digital dimana sistem yang sudah lapuk tidak lagi relevan dalam era teknologi masa kini. Pentingnya automasi bagi mengurangkan kesilapan manusia untuk mengelakkan kepercayaan pekerja tercalar dan kerugian dalam organisasi.

Mengatasi cabaran pengurusan sumber manusia yang strategik memerlukan pendekatan jangka panjang namun anda kini boleh menggunakan platform pengurusan sumber manusia, MesraHR.

Atasi Cabaran Pengurusan Sumber Manusia dengan 1 Powerful Solution
  • HRMS
admin

Post navigation

Previous
Next

Recent Posts

  • HR Digital: 5 Cara Effective Pantau Kehadiran & Cuti Staf
  • 5 Sebab Kenapa Kerja HR Sangat Penting Dalam Pengurusan Organisasi Moden
  • Mencari pekerja: 5 Effective Tips Untuk Success
  • 7 Cara Hiring Pekerja Terbukti Berkesan Untuk Majikan dan HR
  • Cara Muat Turun Slip Gaji Dengan MesraHR: Semudah 1 Klik!

Recent Comments

  1. 7 Sebab Kenapa Syarikat Anda Perlukan Sistem HR! - mesraHR on 5 Kelebihan Sistem HR Hebat untuk SME – Jimat Kos & Lonjakan Produktiviti

Related posts

Sistem HRMS Untuk SME - mesraHR
Awareness

Sistem HRMS Untuk SME: Jadi Expert Semua Dalam 1

June 23, 2025 admin No comments yet

Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan sumber manusia dalam syarikat. Dari pengurusan gaji hingga penilaian prestasi pekerja, setiap aspek pengurusan HR memerlukan perhatian yang teliti dan sistematik. Inilah sebabnya mengapa Sistem HRMS untuk SME adalah sangat penting dalam memastikan pengurusan sumber manusia mereka lebih berkesan dan cekap. Artikel ini […]

Sistem HR Digital: 5 Masalah besar yang dihadapi HR
Awareness

Sistem HR Digital: 5 Masalah Besar yang Dihadapi HR Tanpa Penggunaannya

April 30, 2025 admin No comments yet

Pengurusan sumber manusia (HR) adalah salah satu aspek yang paling penting dalam memastikan kelancaran operasi sesebuah syarikat. Tanpa sistem HR yang efisien, banyak cabaran yang akan timbul. Artikel ini akan membincangkan 5 masalah besar yang akan dihadapi oleh HR jika tidak menggunakan sistem HR digital dalam menguruskan kehadiran, gaji, cuti, tuntutan dan data pekerja. Baca […]

  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Telegram
Awareness
HR Digital: 5 Cara Effective Pantau Kehadiran & Cuti Staf
admin
admin
January 12, 2026
Uncategorized
5 Sebab Kenapa Kerja HR Sangat Penting Dalam Pengurusan Organisasi Moden
admin
admin
November 19, 2025
Mencari pekerja: 5 Effective Tips Untuk Success
Uncategorized
Mencari pekerja: 5 Effective Tips Untuk Success
admin
admin
September 10, 2025
Uncategorized
7 Cara Hiring Pekerja Terbukti Berkesan Untuk Majikan dan HR
admin
admin
September 3, 2025
Cara Download Slip Gaji mesraHR
Uncategorized
Cara Muat Turun Slip Gaji Dengan MesraHR: Semudah 1 Klik!
admin
admin
July 4, 2025
Cara Guna Feature Site Visit mesraHR
Uncategorized
Cara Guna Site Visit mesraHR: Lawatan Tapak Automatik
admin
admin
July 2, 2025
Cara Guna Feature Claim mesraHR
Uncategorized
Cara Guna Feature Claim: 5 Langkah Super Mudah!
admin
admin
June 30, 2025
Cara Guna Leave mesraHR
Uncategorized
3 Langkah Mudah Guna Feature Leave Aplikasi Official mesraHR
admin
admin
June 27, 2025
Cara Guna E-Attendance mesraHR
Uncategorized
Cara Guna E-Attendance mesraHR: 1 Solution untuk HR dan Pekerja
admin
admin
June 25, 2025
Sistem HRMS Untuk SME - mesraHR
Awareness
Sistem HRMS Untuk SME: Jadi Expert Semua Dalam 1
admin
admin
June 23, 2025
Top 6 Tugas Pengurus - mesraHR
Interest
Top 6 Tugas Pengurus Dalam Menjaga Keberkesanan Organisasi
admin
admin
June 20, 2025
Notis 24 Jam - mesraHR
Interest
Notis 24 Jam: Majikan Kena Approved Atau Tidak
admin
admin
June 18, 2025
Notis Berhenti Kerja 24 Jam - mesraHR
Awareness
Notis Berhenti Kerja 24 Jam: Trend Baru?
admin
admin
June 16, 2025
Contoh Minit Mesyuarat Terbaik -mesraHR
Action
Contoh Minit Mesyuarat Terbaik: 1 Free Template
admin
admin
June 12, 2025
Kepimpinan Asas Pengurusan: 3 Ciri Pemimpin Cemerlang Wajib Ada - mesraHR
Interest
Kepimpinan Asas Pengurusan: 3 Ciri Pemimpin Cemerlang Wajib Ada
admin
admin
June 10, 2025
Show Cause Letter dan Warning Letter - mesraHR
Awareness
Ketahui Beza Show Cause Letter dan Warning Letter: 4 Ciri Utama
admin
admin
May 30, 2025
Surat Tunjuk Sebab - mesraHR
Action
Tutorial Surat Tunjuk Sebab: Master Format dan 1 Contoh
admin
admin
May 28, 2025
Offer Letter Document
Interest
Expert HR Dedah Perkara Perlu Ada Dalam Offer Letter, No 7 Paling Penting!
admin
admin
May 26, 2025
Guy confused with question mark white background
Action
Apa itu KPI (Key Performance Indicator), 1 Panduan KPI Effective
admin
admin
May 22, 2025
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 - mesraHR
Interest
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Impak kepada Tenaga Kerja di Malaysia
admin
admin
May 19, 2025
Action
Panduan Lengkap Surat Amaran Pekerja – Siap dengan Template
admin
admin
May 7, 2025
Cara KIra OT 2025 - mesraHR
Awareness
Cara Kira OT 2025: Panduan Lengkap Overtime untuk Pekerja dan Majikan
admin
admin
May 6, 2025
Sistem HR Digital: 5 Masalah besar yang dihadapi HR
Awareness
Sistem HR Digital: 5 Masalah Besar yang Dihadapi HR Tanpa Penggunaannya
admin
admin
April 30, 2025
Selamat Hari Pekerja 2025 - mesraHR
Awareness
Selamat Hari Pekerja 2025: Tema Hari Pekerja New
admin
admin
April 29, 2025
Apa Rakyat Malaysia Tertanya-Tanya Tentang Lawatan Xi Jinping ke Malaysia
Interest
Apa Rakyat Malaysia Tertanya-Tanya Tentang Lawatan Xi Jinping ke Malaysia?
admin
admin
April 17, 2025
12 Cara Sambut Hari Lahir Pekerja (Win Hati Pekerja)
Interest
12 Cara Sambut Hari Lahir Pekerja Tahun 2025 (Win Hati Pekerja)
admin
admin
April 16, 2025
5 Skil Pekerja Terbaik
Awareness
Master 5 Skil Pekerja Terbaik Di Tempat Kerja
admin
admin
April 15, 2025
cabaran pengurusan sumber manusia
Awareness
Atasi Cabaran Pengurusan Sumber Manusia dengan 1 Powerful Solution
admin
admin
April 14, 2025
5 Isu Disiplin Pekerja Popular
Action
5 Isu Disiplin Pekerja Popular: Faktor dan Penyelesaian Win
admin
admin
April 9, 2025
Panduan Warning Letter
Action
Panduan Warning Letter : Jenis Surat Amaran Dan Bila Kena Guna
admin
admin
March 26, 2025
7 cara tingkatkan prestasi pekerja
Awareness
7 Cara Tingkatkan Prestasi Pekerja untuk Produktiviti Maksimum
admin
admin
March 19, 2025
5 Tips Memilh Pekerja Berkualiti
Uncategorized
9 Tips Memilih Pekerja Berkualiti Untuk Syarikat Anda
admin
admin
March 11, 2025
Perbezaan Sistem HRMS Vs HRIS
Uncategorized
Ketahui Perbezaan Sistem HRMS vs HRIS ?
admin
admin
March 6, 2025
Panduan Cara Kira Gaji Pekerja
Awareness
Panduan Cara Kira Gaji Pekerja Dengan Betul!
admin
admin
March 4, 2025
7 Manfaat Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS)
Awareness
7 Manfaat Sistem Pengurusan Sumber Manusia Untuk Bisnes Anda.
admin
admin
February 26, 2025
Perubahan Waktu Bekerja Ketika Ramadhan
News
Perubahan Waktu Bekerja Ketika Ramadhan: 3 Manfaat & Tips Kekal Cergas di Tempat Kerja
admin
admin
February 25, 2025
Sistem HR
Uncategorized
7 Sebab Kenapa Syarikat Anda Perlukan Sistem HR!
admin
admin
February 21, 2025
Sistem HR Manual Vs Automatik
Awareness
Sistem HR Manual vs Automatik: Mana Lebih Efisien untuk Syarikat?
admin
admin
February 20, 2025
HR sistem membantu SME mengurus gaji, cuti, kehadiran, dan prestasi pekerja secara automatik, menjimatkan masa serta meningkatkan produktiviti syarikat.
Awareness
5 Kelebihan Sistem HR Hebat untuk SME – Jimat Kos & Lonjakan Produktiviti
admin
admin
February 19, 2025
Peranan HR dan Skop Kerja Hr
Action
Menurut Pakar HR, Ini 7 Peranan HR Jadikan Syarikat Lebih Berjaya!
admin
admin
February 18, 2025
10 Cara Buat Job Description Tarik Pekerja Berkualiti
Action
Rahsia HR Pengalaman Cari Pekerja Berkualiti Dengan Cara Buat Job Description Yang Betul.
admin
admin
February 17, 2025
Kerja Sumber Manusia untuk Prestasi Pekerja Tiptop
Awareness
Bongkar 10 Peranan Penting Sumber Manusia: Kerja Sumber Manusia untuk Prestasi Pekerja Tip-Top!
admin
admin
February 14, 2025
Strategi kekalkan pekerja berkualiti
Awareness
10 Strategi Kekalkan Pekerja Berkualiti dan Kurangkan Kadar Turnover
admin
admin
February 12, 2025
kenaikan gaji minimum 2025
News
Kenaikan Gaji Minimum 2025 ke RM1,700 dalam Belanjawan 2024 – Apa Kesannya?
admin
admin
February 11, 2025
Apa itu sumber manusia (HR)
Awareness
Apa Itu Sumber Manusia (HR) Dan 5 Peranannya Dalam Syarikat
admin
admin
February 10, 2025
7 Sebab Kenapa Sumber Manusia (HR) Adalah Tulang Belakang Syarikat
Awareness
7 Sebab Kenapa Sumber Manusia (HR) Adalah Tulang Belakang Syarikat
admin
admin
February 10, 2025
Action
Revolutionizing Payroll Management with MesraHR
admin
admin
January 30, 2025
Awareness
The Impact of Payroll Systems on Modern Workforce Efficiency
admin
admin
January 29, 2025
Interest
Simplifying Payroll Management with MesraHR: A Smarter Solution for Modern Businesses
admin
admin
January 29, 2025
Desire
The Benefits, Challenges, and Future of HRIS: A Comprehensive Overview
admin
admin
January 28, 2025
Awareness
The Evolution and Impact of Human Resources Information Systems (HRIS)
admin
admin
January 28, 2025
Awareness
HR Digital: 5 Cara Effective Pantau Kehadiran & Cuti Staf
admin
admin
January 12, 2026
Uncategorized
5 Sebab Kenapa Kerja HR Sangat Penting Dalam Pengurusan Organisasi Moden
admin
admin
November 19, 2025
Mencari pekerja: 5 Effective Tips Untuk Success
Uncategorized
Mencari pekerja: 5 Effective Tips Untuk Success
admin
admin
September 10, 2025
Uncategorized
7 Cara Hiring Pekerja Terbukti Berkesan Untuk Majikan dan HR
admin
admin
September 3, 2025
Cara Download Slip Gaji mesraHR
Uncategorized
Cara Muat Turun Slip Gaji Dengan MesraHR: Semudah 1 Klik!
admin
admin
July 4, 2025
Newsletter Form Ebook hr

Subscribe to our newsletter

Subscribe to our newsletter to receive the latest HR updates, tips, and insights. As a bonus, we’ll send you 5 essential HR templates (FREE) straight to your inbox


Streamlined HR management for site visits, leave, claims, and more. Stay connected and efficient.

Features
  • E-Attendance
  • Claim
  • Leave
  • Payroll
  • Site Visit
  • HRIS
Get in touch
  • +03 8408 1900
  • +6011 1501 4294
  • +6011 1545 1733
  • [email protected]
  • [email protected]
  • [email protected]
Follow us

© mesraHR 2024. All Rights Reserved.

  • Privacy Policy