Cuti Tahunan Malaysia: 3 Perkara Asas Pekerja Perlu Tahu
Pelajari tentang cuti tahunan Malaysia atau cuti tahunan dan apa yang perlu anda tahu sebagai pekerja.
Jadual Kandungan
Pengenalan Annual Leave Malaysia
Cuti Tahunan adalah salah satu hak pekerja yang sangat penting dalam pengurusan sumber manusia (HR) . Di Malaysia, cuti tahunan adalah hak pekerja yang dijamin oleh undang-undang, namun terdapat beberapa aspek yang perlu difahami oleh pekerja dan majikan berkaitan dengan cuti ini.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi 3 perkara basic yang perlu pekerja tahu mengenai annual leave di Malaysia. Mengetahui perkara asas ini akan memastikan pekerja memahami hak mereka dan menggunakan cuti dengan bijak.
Mengapa Cuti Tahunan Itu Penting?
- kesejahteraan pekerja – Cuti ini memberikan pekerja waktu untuk berehat dan memulihkan tenaga mereka. Ia membantu mengelakkan keletihan atau burnout, yang boleh mengurangkan motivasi dan prestasi kerja mereka.
- Peningkatan Produktiviti – Pekerja yang diberi ruang untuk berehat dengan mengambil cuti akan kembali bekerja dengan lebih bertenaga, yang membawa kepada peningkatan prestasi dan produktiviti.
- Kepuasan Pekerja – Cuti tahunan adalah hak pekerja yang memberi mereka keseimbangan kerja-kehidupan. Pekerja yang berpuas hati dengan hak cuti mereka cenderung lebih komited dan setia kepada syarikat.
3 Perkara Pekerja Perlu Tahu
1. Apa Itu Cuti Tahunan?
Cuti Tahunan adalah hak pekerja untuk mengambil cuti berbayar setelah bekerja selama satu tahun atau lebih di sebuah syarikat. Cuti ini diberikan untuk tujuan rehat dan urusan peribadi pekerja.
2. Hak Pekerja Mengenai Cuti Tahunan di Malaysia
Di Malaysia, hak cuti tahunan pekerja diatur oleh Akta Kerja 1955 .
Setiap 12 bulan perkhidmatan berterusan:
Bekerja kurang 2 tahun : Pekerja layak menerima 8 hari cuti tahunan
Bekerja 2 tahun dan kurang 5 tahun : Pekerja layak menerima 12 hari cuti tahunan
Bekerja lebih dari 5 tahun : Pekerja layak menerima 16 hari cuti tahunan
Nota : Polisi ini mungkin berbeza mengikut syarikat atau perjanjian kolektif yang ditetapkan. Pastikan pekerja merujuk kepada kontrak pekerjaan atau manual pekerja untuk mengetahui jumlah cuti yang mereka layak terima.
3. Adakah Cuti Tahunan Dapat Dipindahkan Ke Tahun Berikutnya?
Berdasarkan undang-undang, cuti tahunan tidak boleh dipindahkan ke tahun berikutnya. Cuti hanya boleh digunakan bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa sahaja dan akan apabila tahun baru bermula. Sekiranya ada cuti yang belum digunakan, maka ia akan dikira lebur begitu sahaja.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan :
Sebaiknya gunakan cuti tahunan pada tahun yang sama supaya ia tidak terlepas atau tidak digunakan.
- Sebahagian syarikat menetapkan perjanjian atau polisi tertentu yang membenarkan pekerja membawa cuti yang tidak digunakan ke tahun depan.
Namun, ada juga pekerja yang berhenti sebelum sempat menghabiskan cuti tahunan mereka, dalam senario ini majikan WAJIB untuk membayar pekerja tersebut secara tunai. Majikan perlu membayar lebihan cuti berdasarkan kiraan kadar gaji biasa.
Bagaimana Cara Memohon Cuti Tahunan?
Sebagai pekerja, berikut adalah beberapa langkah untuk memohon cuti tahunan:
a. Semak Baki Cuti
Sebelum memohon cuti, semak terlebih dahulu baki cuti anda melalui HR syarikat. Pastikan anda mempunyai cuti yang mencukupi untuk mengelakkan pertikaian atau penolakan permohonan cuti.
b. Mohon Cuti Dengan Notis Awal
Selalunya, majikan memerlukan notis sekurang-kurangnya satu atau dua minggu sebelum cuti dimohon. Ini memberi mereka masa untuk merancang penggantian atau pengaturan kerja sementara anda bercuti.
c. Gunakan Sistem HRMS
Di banyak organisasi, sistem HRMS digunakan untuk mempermudahkan permohonan cuti. Anda hanya perlu log masuk ke dalam sistem, pilih jenis cuti yang ingin dimohon, tentukan tarikh mula dan tarikh tamat cuti dan serahkan permohonan.
d. Dapatkan Kelulusan
Setelah permohonan dihantar, HR atau pengurus akan meluluskan atau menolak permohonan anda berdasarkan keperluan syarikat dan polisi cuti. Pastikan maklumkan lebih awal sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam tarikh atau keperluan cuti.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, cuti tahunan merupakan hak penting bagi setiap pekerja di Malaysia yang memberi ruang untuk berehat, menguruskan hal peribadi dan mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan. Majikan dan pekerja perlu memahami hak masing-masing agar amalan kerja lebih adil dan produktif dapat dicapai.
Soalan Lazim (Soalan Lazim)
1. Berapa Banyak Cuti Tahunan yang Diberikan?
Jumlah hari cuti bergantung kepada tempoh perkhidmatan:
- 8 hari cuti bagi pekerja berkhidmat kurang 2 tahun
- 12 hari cuti bagi pekerja berkhidmat lebih 2 tahun tetapi kurang 5 tahun
- 16 hari cuti bagi pekerja berkhidmat lebih 5 tahun
2. Bagaimana Cara Menguruskan Cuti dengan Berkesan?
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh majikan:
- Mewujudkan Dasar Cuti yang Jelas
- Memudahkan Permohonan Cuti
- Rancang Cuti Mengikut Kalendar Kerja
3. Apakah Kaedah Terbaik Menggunakan Cuti?
Buat rancangan dan mohon cuti awal untuk mengelakkan waktu puncak seperti ketika musim perayaan. Semak kalendar dan gabungkan cuti anda dengan cuti umum.
4. Adakah Pekerja Sambilan Layak Cuti Tahunan?
Pekerja sambilan berhak mendapat cuti tahunan pro-rata yang dikira berdasarkan jumlah bulan bekerja .
Tingkatkan Pengalaman Kerja Syarikat Anda Dengan mesraHR!
Adakah syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengalaman bekerja yang kurang best dan tidak efisien?
Gunalah mesraHR , sistem HRMS untuk SME yang lengkap:
- Mengautomasikan tugasan : Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online : Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan : Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaru sekarang dengan bersama kami!
