Sistem HRMS Untuk SME: Jadi Expert Semua Dalam 1

Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan sumber manusia. Dari pengurusan gaji hingga penilaian prestasi pekerja, setiap aspek pengurusan HR memerlukan perhatian yang teliti dan sistematik. Inilah sebabnya mengapa Sistem HRMS untuk SME adalah sangat penting dalam memastikan pengurusan sumber manusia mereka lebih berkesan dan cekap.
Artikel ini akan menerangkan apa itu SME dan HRMS, kepentingan sistem HRMS untuk SME dibantu sistem automasi menjadi lebih efisien dalam pengurusan HR dan mengapa setiap SME perlu mempertimbangkan untuk mengintegrasikan Sistem HRMS dalam operasi mereka.
Isi Kandungan
SME & HRMS
Apa Itu SME?
SME adalah singkatan kepada Small and Medium Enterprises atau Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam Bahasa Melayu. SME merujuk kepada perusahaan yang mempunyai saiz kecil atau sederhana dari segi jumlah pekerja, pendapatan dan jumlah aset berbanding dengan syarikat besar. SME adalah sektor yang sangat penting dalam ekonomi sesebuah negara terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia.
- Penciptaan Pekerjaan Utama: SME menyumbang kepada lebih daripada separuh pekerjaan di sesetengah negara.
Pembangunan Ekonomi: SME membantu meningkatkan ekonomi negara dengan menyumbang kepada pendapatan negara.
Inovasi: SME sering kali menjadi asas inovasi dalam banyak sektor, menawarkan produk dan perkhidmatan baru yang berdaya saing.
Namun begitu, di sebalik sumbangannya yang besar, menguruskan SME bukanlah tugas yang mudah. Oleh itu, cabaran sebenar SME bukan sekadar bertahan tetapi bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan syarikat secara mampan dalam persekitaran yang kompetitif.
Apa Itu HRMS?
Sistem HRMS (Human Resource Management System) adalah perisian menguruskan proses HR dalam sebuah organisasi secara automatik dan sistematik. Ciri utama HRMS termasuklah:
Semua fungsi HRIS
Pengurusan proses penggajian
Penilaian prestasi pekerja
Modul latihan & pembangunan
Pengurusan faedah pekerja
Maka, wajarlah sistem HRMS untuk SME digunakan oleh pengurus syarikat bagi melancarkan pelaksanaan pengurusan sumber manusia mereka selain memudahkan akses data pekerja dalam syarikat.
Kepentingan Sistem HRMS Untuk SME

Kekangan bajet, kekurangan tenaga kerja mahir serta kurangnya sistem automasi menjadikan operasi harian lebih mencabar.
1. Pengurusan Maklumat Pekerja
Menyimpan profil lengkap pekerja (maklumat peribadi, jawatan, tarikh mula bekerja, dan lain-lain)
Mudah untuk kemas kini, semak, dan susun data staf dalam satu sistem pusat
2. Menjimatkan Kos Tenaga Kerja
Merekod kehadiran dan memproses gaji secara automatik
Pemilik syarikat dapat fokus pada tugasan utama perniagaan
3. Meningkatkan Produktiviti
Mengurangkan kerja manual dengan automasi sistem
Pengurus boleh luluskan atau tolak permohonan terus dari sistem
4. Patuh Undang-Undang
Sistem direka untuk mematuhi syarat tempatan seperti Akta Kerja, EPF, SOCSO dan KWSP
Bantu sediakan dokumen asas untuk pengurusan pekerja secara sah
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
mesraHR Sistem HRMS Terkini Untuk SME

Sistem HRMS untuk SME yang terbaik adalah di mana ia menyatukan pelbagai fungsi penting HR seperti pengurusan gaji, cuti, kehadiran dan banyak lagi dalam satu platform yang mudah diakses dan digunakan.
1. Automasi Pengurusan HR Harian
MesraHR membantu SME mengautomasi proses HR seperti permohonan cuti, rekod kehadiran dan pemprosesan gaji seterusnya menjimatkan masa dan mengurangkan kerja manual.
2. Sistem HRMS untuk SME yang Mudah Digunakan
MesraHR direka khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Antaramuka mesra pengguna yang tidak memerlukan kemahiran teknikal tinggi, sesuai untuk staf HR atau pemilik syarikat.
3. Akses Digital dan Dalam Talian
Semua data HR disimpan secara digital dan boleh diakses di mana-mana sahaja. Ini sangat berguna untuk SME yang mengamalkan kerja jarak jauh atau mempunyai cawangan berbeza.
4. Mematuhi Keperluan Undang-Undang Malaysia
MesraHR membantu SME mengurus KWSP, SOCSO dan LHDN pekerja dengan betul dengan memastikan pematuhan undang-undang buruh di Malaysia.
5. Laporan dan Analitik Pantas
MesraHR menyediakan laporan HR secara automatik seperti laporan kehadiran, baki cuti dan kos gaji bulanan yang membantu pemilik SME membuat keputusan yang lebih baik dan cepat.
6. Sokongan Pelanggan
Sebagai sistem HRMS untuk SME yang dibangunkan di Malaysia, MesraHR menawarkan sokongan pelanggan tempatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, menjadikan proses onboarding lebih lancar.
Soalan Lazim (FAQ)
1.Patut Pilih Sistem HRIS Atau Sistem HRMS?
HRIS – Jika anda hanya perlukan tempat simpan maklumat pekerja dan struktur jabatan.
HRMS – Kalau anda nak sistem yang uruskan cuti, gaji dan kehadiran secara automatik.
2. Adakah Sesuai Sistem HRMS Untuk SME?
Ya, banyak sistem pengurusan HR di Malaysia yang menawarkan pakej fleksibel yang sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana.
3. Bagaimanakah SME dikategorikan?
Menurut SME Corporation Malaysia, jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi:
- Sektor Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
- Sektor Perkhidmatan dan Lain-lain: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
4. Apa Kelebihan Menggunakan Sistem HRMS Untuk SME?
Sistem HRMS untuk SME memberikan kelebihan seperti automasi tugasan HR, pemprosesan gaji yang tepat dan rekod pekerja yang teratur. Ia membantu menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan manual dalam pengurusan sumber manusia.
Kesimpulan
Penggunaan sistem HRMS untuk SME bukan sahaja memudahkan pengurusan sumber manusia, malah memberi kelebihan dari segi kos, masa dan ketepatan data. Dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar, pemilik SME perlu bijak mengadaptasi teknologi untuk kekal kompetitif. Sistem HRMS seperti mesraHR membantu mengautomasikan proses penting seperti penggajian, cuti, kehadiran dan laporan yang sekali gus membolehkan pemilik perniagaan fokus kepada pertumbuhan syarikat.
Dengan ciri-ciri mesra pengguna dan pematuhan kepada keperluan undang-undang Malaysia, sistem HRMS adalah pelaburan digital yang bijak untuk setiap SME yang mahu bergerak ke hadapan secara lebih sistematik dan efisien.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa mesraHR!
Sebagai majikan, mengurus pelbagai jenis pekerja boleh menjadi satu cabaran yang kompleks. Tanpa sistem yang tersusun, risiko kesilapan pengiraan, rekod yang tidak kemas serta ketidakpatuhan terhadap polisi syarikat adalah tinggi.
Gunalah mesraHR, sistem HRMS untuk SME yang lengkap:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Sama ada anda menguruskan syarikat SME atau organisasi berskala besar, mesraHR ialah penyelesaian menyeluruh untuk keperluan pengurusan sumber manusia anda
Isi butiran di bawah dan telefon kami untuk cuba FREE DEMO sistem mesraHR sekarang!
